Vaksin kita kini pra ujuan klinikal

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Projek pembangunan vaksin yang dijalankan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) kini memasuki peringkat pra-ujian klinikal terhadap haiwan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dr Adham Baba. Beliau berkata pada masa sama, tumpuan juga diberikan kepada persediaan bagi memastikan syarat pembuatan dalam negara mematuhi dan menepati peraturan Amalan Pengilangan Baik (GMP). Katanya, pakar tempatan pada peringkat universiti dan institusi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan dan Perubatan (IMR) juga sudah membangunkan teknologi virus yang dilemahkan (inactivated) dan ‘Messenger Asid Ribonukleik’ (mRNA). “Status terkini, kita sudah mempelbagaikan…

Read More

Darjah kebesaran Najib, Rosmah ditarik balik

SHAH ALAM 13 Sept. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak, pada 1992 dan 2004, berkuat kuasa hari ini. Selain itu, gelaran Datin Paduka Seri yang dikurniakan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor, pada 2005 turut ditarik balik. Setiausaha Kerajaan Negeri,  Haris Kasim, ketika mengumumkan tindakan diambil oleh Sultan Selangor, berkata penarikan darjah kebesaran itu dibuat selepas baginda berunding dengan Dewan di-Raja Selangor. Katanya, Najib dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota…

Read More

JPBD diaktif segera hadapi bencana

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang dipengerusikan pegawai daerah, akan diaktifkan segera dan peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, Langkah itu adalah bagi menghadapi Monsun Timur Laut tahun ini yang dijangka bermula November ini hingga Mac depan. Menurut Ismail Sabri, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) hari ini. JPBD mempunyai fungsi penting untuk melaksanakan kerja-kerja menyelamat serta penyampaian bantuan di lokasi bencana, sementara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan JPBN menyelaras di peringkat pusat serta…

Read More

Lima sasaran utama DBN 20.0

KUALA LUMPUR 12 Sept. –  Gabungan Pusat Penyelidikan Bioteknologi Malaysia ditubuhkan bagi merealisasikan lima sasaran utama Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0), kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata gabungan itu membabitkan semua institusi dan institut penyelidikan berasaskan bioteknologi, yang mengendalikan dan mengemudi penyelidikan berdasarkan permintaan industri serta kepentingan strategik negara. Justeru, katanya, satu badan penasihat pakar bioteknologi akan diwujudkan menerusi gabungan ini. “Badan penasihat ini bagi menggerakkan agenda negara dengan lebih berfokus dan berasaskan kekuatan negara, seperti mendalami kekayaan biodiversiti negara yang boleh memperkasa tiga sektor bioteknologi seperti…

Read More

Pengampunan perlu ikut prosedur

SHAH ALAM 12 Sept. – Proses pengampunan perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan prosedur yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan undang-undang berkaitan dengannya, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Dalam satu kenyataan baginda bertitah, rakyat diseru agar sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan kebebasan Badan Kehakiman (Judiciary) yang menjadi teras dan paksi kepada kedaulatan sistem demokrasi raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini. Sultan Sharafuddin turut menzahirkan sokongan terhadap titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini berkaitan kuasa prerogatif pengampunan yang tidak boleh dilaksanakan…

Read More

HSM bakal hospital pakar

LANGKAWI 12 Sept. –  Hospital Sultanah Maliha (HSM) akan dinaik taraf sebagai hospital pakar utama dalam tempoh tiga tahun lagi, bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada pesakit, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata hospital itu memenuhi kriteria dan syarat diperlukan selepas bangunan tambahan bernilai RM515 juta siap sepenuhnya kelak. Beliau berkata, kos pembinaan bangunan itu membabitkan RM425 juta, manakala pembelian peralatan lebih RM75 juta dibuat bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). HSM juga akan menjadi hospital awam pertama di negara ini memiliki wad kelas ketiga yang…

Read More

Tiada kicap ABC sulfur dikosida

PUTRAJAYA 12 Sept. – Tiada sampel produk kicap soya, termasuk Kicap Soya Manis dan Sambal Sos Ayam Goreng jenama ABC di negara ini dikesan mengandungi sulfur dioksida, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, ini berdasarkan pemantauan di semua pintu masuk dan pasaran tempatan dari Jun 2021 sehingga kini. Dalam satu jenyataan hari ini, beliau berkata semakan ke atas data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) mengesahkan produk itu yang ditarik dari pasaran Singapura kerana mengandungi sulfur dioksida tidak diisytiharkan atau dilabel pada pembungkusan, turut diimport ke…

Read More

Lokman diperintah padam video

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Mahkamah Tinggi hari ini, memerintahkan Lokman Noor Adam, memadamkan semua video di media sosial mengandungi kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Peguam Ismail Sabri, Ragunath Kesavan, berkata perintah itu selepas Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain, membenarkan permohonan ‘ex-parte’ (sebelah pihak) dikemukakan Ismail Sabri selaku plaintif, terhadap Lokman yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, sebagai defendan. Katanya, mahkamah mengeluarkan perintah injunksi memaksa defendan mengeluarkan video bertajuk ‘Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM (Perdana Menteri) Ada Masa Jumpa Mahathir (bekas…

Read More

Juruterbang helikopter terbunuh

BIDOR 12 Sept. – Juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur dan dipercayai terhempas di Bidor semalam ditemukan maut di lokasi kejadian, kata Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri. Menurut Mohd Yusri, mayat juruterbang itu ditemukan dalam kokpit helikopter berkenaan oleh pasukan pencari dan penyelamat pagi ini dan tiada kesan letupan atau kebakaran di kawasan berkenaan. Katanya, helikopter milik pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menemui lokasi nahas kira-kira pukul 9.30 pagi di Hutan Simpan Chikus di sini dan lima minit kemudian, krew TUDM…

Read More

Kes harian Covid-19 catat penurunan

PUTRAJAYA 12 Sept. – Jangkitan kes baharu Covid-19 semalam (Ahad) menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 1,483 kes berbanding 1,971 kes pada hari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4.805 juta kes sejak pandemik melanda negara Menurut data KKM di laman COVIDNOW, sebanyak tiga kes kematian dicatat semalam dan satu kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID). Kes aktif Covid-19 dalam negara kini 26,339 dan 95 peratus atau 25,021 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 2,090 kes dilaporkan sembuh. Sebanyak 1,241 kes dirawat di hospital dengan 68 kini…

Read More