Vaksin kita kini pra ujuan klinikal

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Projek pembangunan vaksin yang dijalankan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) kini memasuki peringkat pra-ujian klinikal terhadap haiwan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dr Adham Baba.

Beliau berkata pada masa sama, tumpuan juga diberikan kepada persediaan bagi memastikan syarat pembuatan dalam negara mematuhi dan menepati peraturan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Katanya, pakar tempatan pada peringkat universiti dan institusi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan dan Perubatan (IMR) juga sudah membangunkan teknologi virus yang dilemahkan (inactivated) dan ‘Messenger Asid Ribonukleik’ (mRNA).

“Status terkini, kita sudah mempelbagaikan platform pembangunan vaksin,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Dr Adham berkata, dua kaedah digunakan bagi pembangunan vaksin iaitu melalui teknologi ‘transfer’ (pemindahan) dari luar negara dan pembangunan menggunakan platform sendiri.

Tahun lalu, Dr Adham brkata, dua ujian klinikal terhadap vaksin sudah dihasilkan MGVI iaitu vaksin kanser kepala dan leher atau ‘nasopharyngeal cancer’ serta vaksin kolera, yang masing-masing akan melalui ujian klinikal di United Kingdom dan India.

Related posts

Leave a Comment