Kes harian Covid-19 catat penurunan

PUTRAJAYA 12 Sept. – Jangkitan kes baharu Covid-19 semalam (Ahad) menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 1,483 kes berbanding 1,971 kes pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4.805 juta kes sejak pandemik melanda negara

Menurut data KKM di laman COVIDNOW, sebanyak tiga kes kematian dicatat semalam dan satu kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).

Kes aktif Covid-19 dalam negara kini 26,339 dan 95 peratus atau 25,021 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 2,090 kes dilaporkan sembuh.

Sebanyak 1,241 kes dirawat di hospital dengan 68 kini ditempatkan di wad ICU di mana 48 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment