Wanita sebagai TPM Britain

LONDON: Perdana Menteri Britain Liz Truss melantik barisan Kabinet baharu yang menyaksikan wanita sebagai Timbalan Perdana Menteri dan tiada lelaki kulit putih bagi tiga jawatan utama. Truss mengumumkan rakan rapatnya Therese Coffey yang sama-sama menceburi politik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Kesihatan. Coffey sebelum ini adalah Setiausaha Kerja dan Pencen. Bekas Setiausaha Perniagaan dan Tenaga, Kwasi Kwarteng pula dilantik sebagai Menteri Kewangan sementara James Cleverly dilantik sebagai Setiausaha Luar, manakala bekas Peguam Negara Suella Braveman sebagai Menteri Dalam Negeri. Empat jawatan utama di Britain ialah Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Setiausaha Luar…

Read More

Thailand catat 1,605 kes baharu

BANGKOK 7 Sept. – Thailand merekodkan 1,605 kes baharu Covid-19 semalam, kesemuanya kes tempatan berbanding 1,062 kes sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,662,569. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 20 lagi pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia berbanding 22 yang direkodkan sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 32,464. Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 14,462 orang menerima rawatan perubatan Covid-19 berbanding 14,495 sebelumnya termasuk 7,950 di hospital dan 6,343 menjalani kuarantin di rumah atau komuniti. Sebanyak 1,618 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,615,643 orang. Sementara itu, jumlah vaksinasi yang…

Read More

3,513 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 7 Sept. – Sebanyak 3,513 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Indonesia meningkat kepada 6,382,002 sejak pandemik dikesan pada 2 Mac 2020. Jakarta menunjukkan pertambahan tertinggi dengan 1,486 kes diikuti Jawa Barat 697, Banten 390, Jawa Timur 384, dan Jawa Tengah 102 kes. Bagi kes aktif pula, dalam tempoh 24 jam terakhir terdapat 38,119 kes, turun 13 kes berbanding sebelumnya yang memerlukan rawatan sama ada di hospital atau menjalani kuarantin sendiri. Sebanyak 3,505 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,186,166.…

Read More

Sos ABC, biskut ditarik balik

SINGAPURA 7 Sept. – Dua jenis sos dari Indonesia dan sejenis biskut dari Jepun ditarik balik dari pasaran selepas produk makanan berkenaan dikesan mengandungi alergen yang tidak diisytiharkan. Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan hari ini, sulfur dioksida – sejenis pengawet – dikesan dalam ABC Sweet Soy Sauce dan ABC Sambal Ayam Goreng Sauce dari Indonesia. Selain itu, ABC Sambal Ayam Goreng Sauce juga mengandungi asid benzoik yang tidak diisytiharkan pada label bungkusan makanan itu. Di bawah Peraturan Makanan Singapura, produk makanan yang mengandungi bahan-bahan yang diketahui boleh…

Read More

WTCKL galakkan pelitup muka

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) masih menggalakkan pengunjungnya untuk memakai pelitup muka sekiranya mengunjungi premis berkenaan, kata Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL,  Dr Irmohizam Ibrahim. Beliau berkata pihaknya juga akan meningkatkan pelaksanaan langkah keselamatan seperti kekerapan sanitasi dan pembersihan fasiliti di WTCKL. Katanya, penggunaan pelitup muka tetap digalakkan bagi rakan perniagaan dan pengunjung bagi memastikan keselamatan semua pihak sepanjang berada di dalam premis , dan memastikan pengalaman yang baik di WTCKL “Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) keselamatan operasi kami akan dikekalkan, di mana kakitangan…

Read More

AS mungkin beri vaksin tahunan

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan akan menyarankan supaya vaksin Covid-19 diambil secara tahunan ketika dos penggalak baharu diperkenalkan bagi melawan penularan varian ketika ini. Setiausaha Kesihatan AS, Xavier Becerra  memaklumkan menjelang hujung minggu ini, lapangan untuk pemberian vaksin terkini itu akan disediakan dalam lingkungan lapan kilometer dari penempatan 90 peratus rakyat AS. Orang ramai boleh mendapatkan dos penggalak baharu itu pada musim luruh atau sejuk nanti, bersama suntikan tahunan vaksin selesema seperti lazim. Presiden AS, Joe Biden, dalam satu kenyataan berasingan pula berkata untuk kebanyakan rakyat negara ini, ‘ia bermaksud…

Read More

Pelitup muka dijadikan pilihan

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Berkuat kuasa serta merta, pemakaian pelitup muka dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup tidak lagi diwajibkan sebaliknya dijadikan sebagai pilihan. Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata terpulang kepada pemilik premis sama ada mahu menentukan pengunjung perlu memakainya atau sebaliknya di samping dalam situasi tertentu pemakaiannya diwajibkan. “Maksudnya sekarang kita serahkan kepada pemilik premis. Kalau pemilik premis mahu pengunjung pakai pelitup muka, maka kena pakai pelitup muka. Sebagai contoh, kalau kedai gunting rambut wajibkan pakai pelitup muka, kita kena pakai dan mereka ada hak untuk tidak…

Read More

Vaksinasi influenza tahunan warga emas

PETALING JAYA 7 Sept. – Vaksinasi influenza tahunan bagi warga emas terbukti dapat mengurangkan risiko penghospitalan dan kematian lebih 40 peratus, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal  Immunise4Life (IFL), Prof Dr Zulkifli Ismail Selain itu, katanya, suntikan tahunan juga memberi manfaat kepada mereka yang menghidap diabetes dengan mengurangkan risiko strok (sebanyak 30 peratus), kegagalan jantung (22 peratus) dan serangan jantung (19 peratus). “Manakala, bagi pesakit jantung, vaksinasi influenza mengurangkan kemungkinan peristiwa kardiovaskular utama (sebanyak 36 peratus). Kemungkinan mengalami kematian berkurang sebanyak 18 peratus dalam kalangan orang yang mengalami kegagalan jantung. “Individu yang…

Read More

Nafi Najib tiada di sel penjara

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Jabatan Penjara Malaysia menafikan kononnya bekas Perdana Menteri, Najib Razak, tidak ditempatkan di dalam sel penjara, sebaliknya ditempatkan dalam sebuah rumah pegawai dalam di Penjara Kajang. Dalam kenyataan di Facebook, jabatan itu menolak dakwaan yang sedang tular di media sosial, dan menyatakan bahawa dakwaan yang tersebar itu sebagai palsu dan tidak sahih. “Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya,” kata jabatan itu. Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar dipercayai satu perbualan di WhatsApp mendakwa Najib tidak ditempatkan di dalam sel penjara di Penjara Kajang. Menurut tangkap…

Read More

“Saya berhenti, bukan keluar Pas”

SEPANG 7 Sept. – Ahli Parlimen Kuala Nerus,  Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menjelaskan beliau ‘berhenti’ daripada Pas dan bukannya ‘keluar’ daripada parti yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu. Justeru, bekas Ahli Jawatankuasa Pusat Pas itu meminta ahli-ahli parti untuk merujuk kepada perlembagaan parti mengenai perbezaan ‘berhenti’ dan ‘keluar’. “Saya adalah rakan dan sahabat seperjuangan saudara dalam memperjuangkan Islam. Saya akan terus memperjuangkan cita-cita Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Pas di mana pun saya berada,” katanya. Dalam titipan khas melalui Facebooknya, Dr Khairuddin Takiri menegaskan akan terus memperjuangkan…

Read More