Wanita sebagai TPM Britain

LONDON: Perdana Menteri Britain Liz Truss melantik barisan Kabinet baharu yang menyaksikan wanita sebagai Timbalan Perdana Menteri dan tiada lelaki kulit putih bagi tiga jawatan utama.

Truss mengumumkan rakan rapatnya Therese Coffey yang sama-sama menceburi politik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Kesihatan. Coffey sebelum ini adalah Setiausaha Kerja dan Pencen.

Bekas Setiausaha Perniagaan dan Tenaga, Kwasi Kwarteng pula dilantik sebagai Menteri Kewangan sementara James Cleverly dilantik sebagai Setiausaha Luar, manakala bekas Peguam Negara Suella Braveman sebagai Menteri Dalam Negeri.

Empat jawatan utama di Britain ialah Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Setiausaha Luar dan Menteri Dalam Negeri dan buat kali pertama dalam sejarah tidak ada jawatan yang dipegang lelaki kulit putih.

Beliau turut melantik bekas calon kepimpinan Penny Mordaunt sebagai Ketua Dewan Perwakilan, dan Lord True sebagai Ketua Dewan Negara.

Ben Wallace pula kekal sebagai Menteri Pertahanan manakala penyokong setia Boris Johnson, Jacob Rees-Mogg dilantik sebagai Setiausaha Perniagaan.

Parti Konservatif berbeza pendapat dalam beberapa isu, termasuk mengenai pelaksanaan dasar ekonomi yang wajar diteruskan di tengah-tengah prospek ekonomi negara yang semakin merosot. Bagaimanapun Truss mengutamakan kesetiaan berbanding perpaduan parti.

Related posts

Leave a Comment