Thailand catat 1,605 kes baharu

BANGKOK 7 Sept. – Thailand merekodkan 1,605 kes baharu Covid-19 semalam, kesemuanya kes tempatan berbanding 1,062 kes sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,662,569.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 20 lagi pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia berbanding 22 yang direkodkan sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 32,464.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 14,462 orang menerima rawatan perubatan Covid-19 berbanding 14,495 sebelumnya termasuk 7,950 di hospital dan 6,343 menjalani kuarantin di rumah atau komuniti.

Sebanyak 1,618 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,615,643 orang.

Sementara itu, jumlah vaksinasi yang didaftar adalah 142,911,652.

Related posts

Leave a Comment