Lebih 100,000 saman pemandu Singapura

JOHOR BAHRU 30 Sept. – Sebanyak 2.2 juta saman yang dikeluarkan Polis Johor sejak 2014, masih tertunggak hingga kini 109,758 saman membabitkan warga Singapura membabitkan pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Polis Johor,  Kamarul Zaman Mamat berkata, sebanyak 23.5 peratus saman warga Singapura ini sudah dijelaskan, manakala 76.4 peratus lagi belum.

“Mengikut statistik, kita mengeluarkan 2.3 juta saman sejak 2014 sehingga kini dan setakat ini hanya 600,000 saman sudah dijelaskan. Antara saman paling banyak adalah memandu laju melebihi had dan tidak mematuhi lampu isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada acara pelepasan (Flag Off) Konvoi Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brother Motor di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, bermula hari ini sehingga Ahad ini, Polis Johor menawarkan pengurangan bayaran saman 50 peratus yang boleh dijelaskan di semua Balai Polis Trafik seluruh negeri.

Justeru, pihaknya menggesa pesalah trafik yang masih mempunyai saman tertunggak boleh mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka.

“Saya gesa masyarakat Johor khasnya, pergilah ke mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang mempunyai balai trafik bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Related posts

Leave a Comment