Indonesia catat 1,857 kes baharu

JAKARTA 30 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, turun kepada 1,857 berbanding 2,003 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,431,624 sejak kes pertama 2 Mac 2020.

Daerah Jakarta sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan 734 kes tetapi menunjukkan penurunan berbanding 781 semalam diikuti Jawa Barat 342 (347), Banten 132 (187), Jawa Timur 206 (248) dan Jawa Tengah 92 (95).

Jumlah kes aktif pula berkurangan kepada 763 berbanding 828 kes dalam 24 jam terakhir semalam menjadikan jumlah keseluruhan 17,594.

Sebanyak 2,601 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,255,918 orang pulih manakala 19 orang dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 158,112 kematian.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesehatan Mohammad Syahril berkata, terdapat lapan daerah masih merekodkan kes mingguan yang tinggi iaitu Yogyakarta, Bangka Belitung, Maluku Utara, Nusa Tenggara Timur, Sumatera Barat, Sumatera Selatan, Sulawesi Tenggara dan Sulut Sulawesi Utara.

Bagaimanapun secara keseluruhan, peningkatan kes Covid-19 di Indonesia secara mingguan menunjukkan penurunan di mana, pada 19 September 2022, jumlah penambahan kes Covid-19 di seluruh Indonesia mencapai 13,723.

Related posts

Leave a Comment