Kes harian Covid-19 turun kepada 1,867

PUTRAJAYA 30 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara semalam turun kepada 1,867 termasuk empat kes import berbanding 2,445 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 4,800, 674.

Sebanyak empat kematian direkodkan, tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought-in-dead’ (BID), menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia meningkat kepada 36,369 orang.

Dalam tempoh yang sama, 1,402 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 4,777,329 orang.

Kes aktif Covid-19 dalam negara pula adalah 25,174 dengan 24,071 pesakit atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, 1,060 kes dirawat di hospital termasuk 43 di ICU di mana 24 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment