Kes global hampir 40 juta

JUMLAH kes positif global Covid-19 kini menghampiri 40 juta orang iaitu 39,247,785 dengan jumlah kumulatif kematian pula mencecah 1,103,352.

Data Johns Hopkins University setakat pukul 10 pagi ini menunjukkan Amerika Syarikat (AS) merekodkan 8,045,090 kes.

AS juga mendahului jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 dengan catatan 218,529 kematian.

India pula berada di kedudukan kedua dengan 7,370,468 kes diikuti Brazil 5,200,300 dan Rusia 1,361,317.

Tiga negara menghampiri satu juta kes iaitu Argentina yang merekodkan 965,609, Colombia 945,354 dan Sepanyol 936,560.

Negara yang merekodkan lebih setengah juta kes adalah Perancis 876,342, Peru 859,740, Mexico 841,661, Afrika Selatan 700,203, United Kingdom 692,112 dan Iran 522,387.

Chile merekodkan 488,190, Iraq 420,303, Itali 391,611, Bangladesh 386,086, Jerman 356,800, Indonesia 353,461, Filipina 351,750, Turki 343,955, Arab Saudi 341,495, Pakistan 321,877 dan Israel 301,896.

Ukraine dan Netherlands masing-masing merekodkan 295,227 dan 217,821 sementara 19 negara merekodkan lebih 100,000 kes didahului Kanada 196,928 dan Belgium 191,959.

Negara lain dalam kelompok 100,000 kes termasuk Romania, Morocco, Panama, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Kazakhstan, Oman, Mesir, Sweden dan Guatemala.

Bagi kematian, Brazil di tempat kedua dengan 153,214, India 112,161, Mexico  85,704, United Kingdom 43,519, Itali  36,427, Sepanyol 33,775,  Peru 33,577, Perancis 33,325,

Iran merekodkan 29,870, Colombia  28,616, Argentina 25,723, Rusia 23,580, Afrika Selatan 18,370, Chile 13,529, Ecuador 12,357, Indonesia 12,347, Belgium 10,327 dan Iraq 10,142.

Sebanyak 27,011,091 kes sembuh dilaporkan dengan India merekodkan 6,453,779, Brazil 4,526,393, AS 3,197,539, Rusia 1,051,780, Colombia 837,001, Argentina 778,501 dan Peru 764,750.

Mexico 712,250, Afrika Selatan 629,260, Chile 461,097, Iran 420,910, Iraq 353,962, Arab Saudi 327,795, Pakistan 305,835, Turki 301,098 dan Bangladesh 300,738.

Related posts

Leave a Comment