Kes baharu naik sedikit di Thailand

BANGKOK 30 Sept. – Sebanyak 839 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam berbanding 637 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,681,309 kes.

Berbanding 10 kematian semalam, jumlah yang direkodkan meninggal dunia dalam tempoh yang sama hari ini adalah sembilan orang sebelumnya yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 32,764 orang.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 733 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 4,642,083 orang manakala jumlah yang mendapatkan rawatan pula 6,462 orang.

Sementara itu menurut Jabatan Kawalan Penyakit, pandemik menghampiri penghujungnya apabila terdapat pengurangan kes yang direkodkan tetapi orang ramai terutama warga tua perlu mendapatkan vaksinasi.

Justeru Kementerian Kesihatan Awam akan meningkatkan kempen vaksinasi terutama dalam kalangan warga emas di mana 1.95 juta orang dewasa belum mendapatkan vaksin.

Related posts

Leave a Comment