ANKARA 18 Ogos –  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke Turkish Aerospace Industries (TAI) di Fethiye District, Kahramankazan, sempena lawatan negara tujuh hari di Turkiye. Dalam lawatan itu Baginda berkenan menyaksikan pertunjukan udara menggunakan pesawat tempatan yang dibangunkan TAI, antaranya helikopter T129 ATAK dan Gokbey, pesawat tanpa pemandu Anka dan Aksungur serta pesawat latihan Hurkus. Baginda yang turut mencuba simulasi pesawat milik TAI menzahirkan rasa kagum dengan teknologi dimiliki TAI dan berharap agar kerjasama lebih rapat dapat diwujudkan antara kedua-dua negara. TAI sebelum ini…

Read More

3,553 kes baharu Covid-19 di Singapura

SINGAPURA 18 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,553 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,335 jangkitan tempatan dan 218‬ ‬kes import. Lima kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,572 orang meninggal dunia manakala jumlah keseluruhan kes pula meningkat kepada 1,809,251. Daripada jumlah kes baharu itu,sebanyak 2,940 kes tempatan dan 181 kes import merupakan pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 432‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR yang terdiri daripada…

Read More

Najib harap dapat perbicaraan adil

PUTRAJAYA 18 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui beliau kini tidak dapat mempertahankan diri dengan adil selepas permintaan peguam belanya Hisyam Teh Poh Teik untuk mengecualikan diri, ditolak Mahkamah Persekutuan. “Saya kini secara realiti, tidak mempunyai peguam bela dan tidak boleh untuk menghujahkan pembelaan. Saya percaya, saya mempunyai kes yang kuat dan credible (dipercayai) serta saya juga percaya bahawa Hisyam dan pasukannya sekiranya diberikan waktu yang munasabah akan melakukan tugas hebat,” katanya kepada media selepas selesai prosiding rayuannya di sini, hari ini. Najib berkata demikian selepas Mahkamah…

Read More

Pameran Warisan Sudir di Fahrenheit88

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Replika baju bendera Malaysia terpanjang pernah dipakai Allahyarham Sudirman Arshad, kini boleh dilihat secara dekat di pusat beli-belah Fahrenheit88, di sini sempena Bulan Kebangsaan. Pengarah Bahagian Arkib Negarawan, Arkib Negara, Hanizah Jonoh, berkata replika berukuran 120 meter panjang itu dipamerkan pada pameran ‘Warisan Sudir: Tribute Kepada Penghibur No 1 Asia’, yang berlangsung di tingkat dua pusat beli-belah itu. Baju itu pernah dipakai penyanyi berkenaan semasa membuat persembahan pada Majlis Penutupan Sukan SEA ke-15 pada 31 Ogos 1989 di Stadium Merdeka. Katanya, baju asal (bendera Malaysia…

Read More

BN Johor yakin 10 kerusi

JOHOR BAHRU 18 Ogos – Ketika Barisan Nasional (BN) peringkat pusat menaruh harapan Johor menyumbang 20 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),  kepemimpinan negeri hanya berani meletakkan sasaran 10 kerusi sahaja. Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad nampaknya bersikap ‘rendah diri’ bagi menghadapi PRU15 berikutan persaingan sengit dan cabaran politik yang sentiasa dinamik yang bukan lagi meletakkan Johor kubu terkuat UMNO-BN. Bekas Menteri Besar itu yang berjaya memimpin BN menerajui semula kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Mac lalu menjangkakan pada ketika ini, BN hanya mampu…

Read More

Thailand catat 2,143 kes baharu

BANGKOK 18 Ogos – Thailand merekodkan 2,143 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2,461 yang dicatatkan pada hari sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh yang sama, sebanyak 29 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding sebelumnya 28 kematian. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula sehingga hari ini adalah 4,628,200 manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 31,944 orang. Sebanyak 19,993 orang pesakit sedang mendapatkan rawatan di hospital manakala 2,023 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,576,263 telah pulih…

Read More

GTA guna logo Tanah Air hadapi PRU

PUTRAJAYA 18 Ogos – Empat parti dalam gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) akan menggunakan satu logo yang dikenali sebagai Tanah Air pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengerusi penajanya,  Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya akan menghantar permohonan logo dan pendaftaran gabungan berkenaan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada minggu hadapan. “Kita belum putuskan lagi (reka bentuk logo). Kita akan buat perancangan reka bentuk baharu dan saya ingat pada minggu depan akan putuskan. Apabila ia telah diputuskan, dan kita telah mengisi semua jawatan dalam GTA, kita cadang untuk minta pendaftaran,” katanya…

Read More

BN sasar 20 kerusi Parlimen di Johor

JOHOR BAHRU 18 Ogos – Barisan Nasional (BN) meletakkan sasaran untuk  memenangi 20 kerusi Parlimen di Johor daripada 26 yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini. Timbalan Pengerusinya, Mohamad Hasan, berkata sasaran itu perlu dipenuhi BN Johor bagi membolehkan ia menjadi penyumbang utama kerusi bagi menubuhkan Kerajaan Pusat yang kukuh. “Saya mahu Johor memberikan sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen untuk dijadikan penyumbang utama dalam usaha menubuhkan kerajaan BN di Pusat dan ini satu tugas yang berat,” katanya sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras BN Johor di Bangunan Perhubungan UMNO Johor,…

Read More

Gagasan hadapi GPS, PH Sarawak

KUCHING 18 Ogos –  Tiga parti pembangkang tempatan Sarawak membentuk pakatan Gagasan Rakyat Sarawak (Gagasan) bagi menyaingi Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Tiga parti terbabit iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) dan Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) memeterai perjanjian bagi membentuk pakatan itu, hari ini. Pengerusi Tetap PBDS, Dr John Brian Anthony, berkata pembentukan Gagasan bagi mengelak pertembungan sesama sendiri antara tiga parti itu bagi menghadapi GPS seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12)…

Read More

Bertemu jodoh di Arab Saudi

RIYADH: Putera Mahkota Jordan Hussein bin Abdullah II melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Rajwa Khaled Al-Saif, seorang warga Arab Saudi di sini semalam. Majlis berlangsung di rumah bapa pengantin perempuan di ibu kota Arab Saudi itu di hadapan Raja Jordan Abdullah II, Permaisuri Rania dan keluarga bakal pengantin perempuan. Hadir sama Putera Hassan bin Talal, Putera Hashem bin Abdullah II, Putera Ali bin Hussein, Putera Hashem bin Hussein, Putera Ghazi bin Mohammed, Putera Rashid bin Hassan, dan sebilangan ahli keluarga Al-Saif. Laporan pertunangan itu diumumkan di Twitter dan Facebook dengan gambar…

Read More