Thailand catat 2,143 kes baharu

BANGKOK 18 Ogos – Thailand merekodkan 2,143 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2,461 yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh yang sama, sebanyak 29 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding sebelumnya 28 kematian.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula sehingga hari ini adalah 4,628,200 manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 31,944 orang.

Sebanyak 19,993 orang pesakit sedang mendapatkan rawatan di hospital manakala 2,023 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,576,263 telah pulih daripada Covid-19.

Bagi program vaksinasi pula, setakat ini sebanyak 142,288,644 dos telah diberikan kepada rakyat negara itu.

Related posts

Leave a Comment