3,553 kes baharu Covid-19 di Singapura

SINGAPURA 18 Ogos – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,553 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,335 jangkitan tempatan dan 218‬ ‬kes import.

Lima kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,572 orang meninggal dunia manakala jumlah keseluruhan kes pula meningkat kepada 1,809,251.

Daripada jumlah kes baharu itu,sebanyak 2,940 kes tempatan dan 181 kes import merupakan pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 432‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR yang terdiri daripada 395 jangkitan tempatan, manakala 37 adalah kes import.

Sementara itu kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.72, turun berbanding 0.84 semalam di mana kadar kurang 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

Di hospital pula, sebanyak 428 pesakit masih dirawat di hospital, berbanding 479 yang dicatatkan semalam, di mana 45 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 10 dipantau rapi di ICU.

Sebanyak 3,114 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat Rabu (17 Ogos), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment