Nooh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah

SHAH ALAM 15 Ogos – Bekas Mufti Johor Nooh Gadut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu. Menerusi hantaran di Facebook, Selangor Royal Office memaklumkan pelantikan tersebut mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan berkuat kuasa bermula 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024. Baginda selaku Pengerusi MKI berkenan mengurniakan watikah pelantikan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam dan menyaksikan majlis serah tugas daripada mantan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Wan Zahidi Wan Teh yang juga Mufti Perak. Nooh…

Read More

1,663 kes baharu di Thailand

BANGKOK 15 Ogos – Thailand merekodkan 1,663 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit meningkat kepada 4,622,088. Menurut,Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah kes baharu, sebanyak 13 adalah dalam kalangan penghuni penjara dan yang lain penduduk tempatan. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 30 lagi individu meninggal dunia yang membawa kepada 31,858 orang meninggal dunia akibat Covid-19. Sebanyak 20,256 pesakit mendapatkan rawatan di hospital manakala 2,335 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan 4,569,974 orang dilaporkan pulih. Sementara itu, jumlah vaksinasi yang diberikan setakat ini adalah sebanyak 142,201,901.

Read More

385 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 15 Ogos – Sebanyak 385 kes baharu Covid-19 direkodkan di Brunei Darussalam dalam tempoh 24 jam, kata Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar. Katanya dalam tempoh seminggu yang lepas, jumlah kes yang dilaporkan adalah 420 kes sehari. Tiada kes yang dikategorikan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagaimanapun dua kes dilaporkan dalam Kategori 4, iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Sebanyak 497 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 214,639 orang pulih. Mengenai program vaksinasi pula,…

Read More

UMNO tetomoih di Kedah sukar ‘rabat’ balik

BENARKAH Pas tengah kuat di Kedah? Jika berdasarkan kenyataan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor, keadaannya begitulah. Pas memang kuat! Sedangkan UMNO diumpamakan sebagai itik patah kaki. “Harimau(UMNO) yang kena tembak sedaih (sekali) rebah, lepas itu nak bangkit (bangun), dia tak sekuat dulu kalau dia nak lawanlah,” kata Sanusi selepas pelancaran jentera pilihan raya Pas Kedah oleh Mursyidul Am, Hashim Jasin Begitulah Sanusi. Kenyataannya kadang-kadang sinis mampu ‘menyentap’ perasaan kawan dan lawan. Kadang-kadang nampak juga ‘cakap besar’. Itulah politik. UMNO Kedah pada pilihan raya umum (PRU) lalu tetomoih (tersungkur) dengan…

Read More

Belia muflis turun sejak 2020

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Jumlah kes muflis melibatkan belia di negara ini menunjukkan trend penurunan dalam tempoh tiga tahun sejak 2020, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan,  Ti Lian Ker. Beliau berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Insolvensi Malaysia, jumlah belia muflis pada 2020 sehingga Jun lalu adalah 10,137 orang. Menurutnya, penurunan kes muflis bagi belia berumur bawah umur 25 tahun merekodkan 21 orang pada 2020 dan turun kepada 20 orang pada 2021, manakala hanya enam orang direkodkan sehingga Jun lalu. “Trend penurunan jumlah belia muflis juga dapat dilihat ke atas…

Read More

PN mahu jumpa PM sekali lagi

KUALA TERENGGANU 15 Ogos – Perikatan Nasional (PN) sedang mengusahakan pertemuan baharu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas pertemuan 4 Ogos lalu. Bendahari PN, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata isu dibangkitkan PN dalam pertemuan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat itu memerlukan satu ruang baharu bagi membolehkan delegasi penuh untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata pertemuan santai itu banyak berkisar kepada isu tertangguh antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. “Pada pertemuan itu, banyak isu secara luaran dan umum sahaja dibangkitkan,”…

Read More

Seri Paduka lawat Turkiye

SEPANG 15 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Turkiye bagi mengadakan lawatan negara selama tujuh hari. Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada kira-kira pukul 10 pagi. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Muhaini Zainal Abidin hadir untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka berdua. Sebelum berangkat, Seri Paduka berdua menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion…

Read More

AS sekali lagi hantar delegasi ke Taiwan

BELUM reda ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi, AS sekali lagi menghantar delegasi Kongres AS ke Taiwan untuk misi lawatan dua hari. Delegasi itu diketuai Senator Ed Markey diiringi empat anggota kongres lain akan  bertemu dengan Presiden Tsai Ing-Wen. Rombongan itu adalah kumpulan peringkat kedua tertinggi yang melawat Taiwan ketika ketegangan ketenteraan berterusan dengan China, dua minggu selepas lawatan Pelosi. Kedutaan AS di Taipei memaklumkan, lawatan itu disifatkan sebagai sebahagian daripada lawatan terbesar ke rantau Indo-Pasifik. Delegasi ini akan bertemu dengan pemimpin kanan…

Read More

Kertas Putih Kesihatan perlu kebal

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Kertas Putih Kesihatan perlu menjadi penyataan hasrat bersama semua pihak untuk memastikan sistem kesihatan di Malaysia lebih mampan dan berdaya tahan melalui pemikiran kerajaan dan masyarakat. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak 2020 memperlihatkan betapa perlunya pembaharuan dalam penjagaan kesihatan, yang mana kesihatan, kewangan dan hubungan sosial saling bergantung dengan begitu ketara, yang belum pernah terjadi sebelumnya. Justeru katanya, walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) berunding dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi membangunkan Kertas Putih Kesihatan, pihaknya juga perlu memastikan rancangan pembaharuan itu…

Read More