1,663 kes baharu di Thailand

BANGKOK 15 Ogos – Thailand merekodkan 1,663 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit meningkat kepada 4,622,088.

Menurut,Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah kes baharu, sebanyak 13 adalah dalam kalangan penghuni penjara dan yang lain penduduk tempatan.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 30 lagi individu meninggal dunia yang membawa kepada 31,858 orang meninggal dunia akibat Covid-19.

Sebanyak 20,256 pesakit mendapatkan rawatan di hospital manakala 2,335 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan 4,569,974 orang dilaporkan pulih.

Sementara itu, jumlah vaksinasi yang diberikan setakat ini adalah sebanyak 142,201,901.

Related posts

Leave a Comment