Kertas Putih Kesihatan perlu kebal

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Kertas Putih Kesihatan perlu menjadi penyataan hasrat bersama semua pihak untuk memastikan sistem kesihatan di Malaysia lebih mampan dan berdaya tahan melalui pemikiran kerajaan dan masyarakat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak 2020 memperlihatkan betapa perlunya pembaharuan dalam penjagaan kesihatan, yang mana kesihatan, kewangan dan hubungan sosial saling bergantung dengan begitu ketara, yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Justeru katanya, walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) berunding dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi membangunkan Kertas Putih Kesihatan, pihaknya juga perlu memastikan rancangan pembaharuan itu ‘kebal’ dan akan terus bertahan walaupun parti mana yang menjadi kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 dengan tema “Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan” di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Khairy berkata, usaha yang ditetapkan ini harus terus diperkukuh, tetapi memerlukan pembaharuan sistemik mengenai cara penjagaan kesihatan disampaikan, dibiayai dan ditadbir.

“Bagi menjamin perubahan jangka panjang ini, Kertas Putih Kesihatan akan memberi tumpuan kepada pembaharuan yang paling asas untuk menangani cabaran sistemik dan struktur utama yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan, bukan penyakit tertentu atau individu kumpulan demografi.

“Justeru, sokongan bipartisan untuk pembaharuan yang dicadangkan dalam Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan saya berharap kita semua akan memainkan peranan dalam menyokong pembentangannya di Parlimen pada akhir tahun ini,” katanya.

Khairy memaklumkan usaha berterusan bagi menambah baik sistem kesihatan akan diperkukuh, namun ia memerlukan pembaharuan sistemik mengenai cara penjagaan kesihatan disampaikan, dibiayai dan ditadbir.

“Bagi menjamin perubahan jangka panjang ini, Kertas Putih Kesihatan akan memberi tumpuan kepada pembaharuan yang paling asas untuk menangani cabaran sistemik dan struktur utama yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan, bukan penyakit tertentu atau individu kumpulan demografi,” katanya.

Khairy berkata, bagi terus menjamin langkah pembaharuan itu, Kertas Putih Kesihatan akan turut mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Kesihatan bagi memantau secara bebas, menasihat dan melaporkan status pelaksanaannya kepada kerajaan, Parlimen dan rakyat.

“Melalui Suruhanjaya yang telus dan dilantik dengan baik ini, kita berharap ia akan mewujudkan semak dan imbang dalam institusi serta memastikan tindakan susulan ke atas pembaharuan, tanpa mengira perubahan dalam bidang politik

“Saya juga akan melantik Majlis Penasihat Kertas Putih Kesihatan, yang terdiri daripada 13 pakar dalam pelbagai bidang, bagi membantu dalam mencabar dan memurnikan keutamaan dasar kesihatan.

“Terdapat beberapa input yang baik daripada banyak pihak dan saluran dan ketika ini, beberapa program, inisiatif dan platform perundingan sedang berlangsung ke arah menangani banyak isu yang timbul,” katanya.

Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 akan berlangsung selama dua hari, bermula hari ini.

Ia menghimpunkan tokoh dan pakar kesihatan dari dalam serta luar negara, yang akan berkongsi maklumat dan pandangan mengenai perancangan masa depan sistem kesihatan dalam pelbagai aspek, terutama ke arah membangunkan Kertas Putih Kesihatan negara.

Related posts

Leave a Comment