Nooh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah

SHAH ALAM 15 Ogos – Bekas Mufti Johor Nooh Gadut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu.

Menerusi hantaran di Facebook, Selangor Royal Office memaklumkan pelantikan tersebut mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan berkuat kuasa bermula 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024.

Baginda selaku Pengerusi MKI berkenan mengurniakan watikah pelantikan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam dan menyaksikan majlis serah tugas daripada mantan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Wan Zahidi Wan Teh yang juga Mufti Perak.

Nooh memegang jawatan sebagai Mufti Johor yang ke-11 pada 1999 hingga 2008.

Related posts

Leave a Comment