385 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 15 Ogos – Sebanyak 385 kes baharu Covid-19 direkodkan di Brunei Darussalam dalam tempoh 24 jam, kata Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar.

Katanya dalam tempoh seminggu yang lepas, jumlah kes yang dilaporkan adalah 420 kes sehari.

Tiada kes yang dikategorikan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagaimanapun dua kes dilaporkan dalam Kategori 4, iaitu kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 497 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 214,639 orang pulih.

Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 76.1 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 8.5 peratus dengan empat dos.

Sebanyak 79.1 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapatkan dua dos vaksin manakala 55.2 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment