Zahid Hamidi jangka PRU tahun ini

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dilaksanakan dalam tahun ini. Jangkaan itu katanya berdasarkan beberapa petunjuk, selain kebimbangan jika dibiarkan lebih lama, peluang untuk BN mendominasi PRU-15 terlepas kerana isu direka cipta pembangkang. “Kita sudah bincang dengan ‘Top 5’ termasuk Perdana Menteri (PM) yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ini bacaan saya, pilihan raya pada tahun ini juga… bacaan PM, saya percaya beliau akan mendengar nasihat dan pandangan kita, Beliau (PM)…

Read More

Thailand catat 1,773 kes baharu

BANGKOK 14 Ogos – Thailand merekodkan 1,773 kes baharu Covid-19 yang dimasukkan ke hospital semalam (Sabtu) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,620,425. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah itu, sebanyak 1,771 kes adalah dalam kalangan penduduk awam manakala dua melibatkan penjara. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 30 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding 35 yang dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan 31,828 kematian. Sebanyak 20,958 orang pesakit mendapatkan rawatan di hospital manakala 2,576 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,567,639 orang pulih.

Read More

Bubar: PM tunggu laporan Wanita BN

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan membubarkan Parlimen selepas menerima laporan Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) bahawa gabungan itu boleh menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Beliau berkata, peranan Wanita BN amat penting kerana melalui hasil risikan mereka, parti akan mengetahui kekuatannya dan sekali gus menggerakkan jentera bagi menyasarkan tindakan yang akan dilakukan. Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, berkata sebagai Perdana Menteri, beliau menerima banyak laporan kajian sikap pengundi daripada pelbagai pihak, namun beliau hanya berpegang kepada laporan Wanita BN. “Saya bukan…

Read More

Kanak-kanak boleh masuk Masjidilharam

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan kanak-kanak dari semua peringkat umur dibenarkan memasuki Masjidilharam di Makkah. Pengumuman kementerian itu disiarkan pada akaun rasminya Twitter, mengatakan ibu bapa kini boleh membawa anak-anak bersama mereka ke Masjidil Haram. Saudi Gazette melaporkan, kementerian itu juga menjelaskan kaedah mengeluarkan permit untuk kanak-kanak menyatakan bagi kanak-kanak berusia lebih lima tahun, mereka mesti mempunyai permit yang sesuai dikhaskan untuk mereka melalui permohonan Eatmarna. Ibu bapa yang ingin membawa anak di bawah usia lima tahun, mereka boleh masuk ke Masjidilharam, tanpa perlu mendapatkan permit masuk.

Read More

Hari penting bagi Najib Razak

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan rayuan akhir yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya esok sebagai hari penting bagi dirinya. Beliau akan cuba mengetepikan sabitan, hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd dalam prosiding selama sembilan hari sehingga 26 Ogos ini Berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional (BN), Najib menegaskan, walau apapun berlaku, beliau akan tetap meneruskan perjuangan bersama parti. “Walaupun hari ini saya patut sibuk dengan peguam-peguam…

Read More

LCS: BN perlu tangkis segera fitnah

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tiada kaitan dengan mana-mana parti dalam Barisan Nasional (BN) dan isu itu tidak boleh dibiarkan menjadi fitnah yang merosakkan parti. Justeru Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan menggesa Biro Penerangan parti memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan kepada rakyat di akar umbi supaya mereka tidak terpengaruh dengan fitnah baharu yang ditaburkan. Katanya, isu LCS kelihatan seperti jadual serangan yang didakwanya direka oleh pembangkang sebagai alat terbaharu untuk memfitnah BN. “Nampaknya macam ada jadual serangan terhadap…

Read More

BN turun calon boleh menang

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan dibuat secara berhati-hati kerana BN mahu menang dan menubuhkan kerajaan. Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata, pemilihan calon tidak tertakluk kepada kuota muka baharu atau 30 peratus calon mesti diisi wanita sebaliknya akan menurunkan calon yang benar-benar diyakini boleh menang. Katanya, BN sudah membuat percubaan dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor serta pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini dengan menampilkan ramai muka baharu dan calon wanita, yang terbukti berjaya. “Kita akan lihat…

Read More

Sultan Nazrin lawat Pustaka Raja Tun Uda

SHAH ALAM 14 Ogos – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan melawat Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam semalam. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Turut berangkat, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Sultan Selangor turut berkenan mengiringi Sultan Perak melawat ke ruang-ruang bacaan dan interaktif di perpustakaan berkenaan. Baginda juga mengiringi Sultan Perak untuk melihat koleksi peribadi buku-buku yang Baginda sumbangkan kepada Pustaka Raja Tun Uda yang kini berjumlah 2,470 naskhah. Pustaka Raja Tun Uda yang dibuka pada 10 Disember 2011 adalah…

Read More

‘Pas Kedah tengah kuat’

PADANG TERAP 14 Ogos – Pas Kedah yakin memenangi sekurang-kurangnya 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, berbanding 15 yang dimenangi pada PRU lalu. Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata keyakinan menambah jumlah kerusi itu berdasarkan kedudukan Pas di negeri ini yang dilihat semakin kukuh dan kuat. “Saya tambah jadi 22 (kerusi boleh dimenangi PAS Kedah), paling kurang 22 (daripada 15 kerusi dimenangi sebelum ini). Pada asasnya, Pas tengah kuat di Kedah, harimau (UMNO) yang kena tembak sedaih (sekali)…

Read More

4,334 kes baharu Covid-19 Malaysia

PUTRAJAYA 14 Ogos – Sejumlah 4,334 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, iaitu 4,328 kes penularan tempatan dan enam kes import menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 4,732,502 kes. Berdasarkan maklumat di laman COVIDNOW, sebanyak 44,617 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dikesan di negara ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 96.2 peratus bersamaan 42,926 kes menjalani kuarantin wajib di rumah. Sejumlah 1,595 kes (3.6 peratus) sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (28 kes), Unit Rawatan Rapi (ICU) (68) dan 44 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. Kadar penggunaan…

Read More