Sultan Nazrin lawat Pustaka Raja Tun Uda

SHAH ALAM 14 Ogos – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan melawat Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Turut berangkat, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Sultan Selangor turut berkenan mengiringi Sultan Perak melawat ke ruang-ruang bacaan dan interaktif di perpustakaan berkenaan.

Baginda juga mengiringi Sultan Perak untuk melihat koleksi peribadi buku-buku yang Baginda sumbangkan kepada Pustaka Raja Tun Uda yang kini berjumlah 2,470 naskhah.

Pustaka Raja Tun Uda yang dibuka pada 10 Disember 2011 adalah hasil cetusan idea Sultan Selangor dan kini menempatkan lebih 360,000 naskhah buku dengan jumlah pengunjung mencecah 7.68 juta orang.

Related posts

Leave a Comment