PUTRAJAYA 14 Ogos – Sejumlah 4,334 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, iaitu 4,328 kes penularan tempatan dan enam kes import menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 4,732,502 kes.
Berdasarkan maklumat di laman COVIDNOW, sebanyak 44,617 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dikesan di negara ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 96.2 peratus bersamaan 42,926 kes menjalani kuarantin wajib di rumah.
Sejumlah 1,595 kes (3.6 peratus) sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (28 kes), Unit Rawatan Rapi (ICU) (68) dan 44 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kadar penggunaan ICU di seluruh negara berada pada tahap 58.5 peratus dengan 18.2 peratus daripadanya adalah kes Covid-19, setakat semalam.
Sebanyak 10 kes kematian dilaporkan dengan satu daripadanya meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).
Ia menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 mencecah 36,080 kes dengan 7,669 kes daripadanya meninggal dunia sebelum bantuan perubatan diberi.
Setakat semalam juga, sebanyak 5,082 kes sembuh dilaporkan bagi menjadikan jumlah keseluruhan individu yang pulih kepada 4,651,805 kes.m
Sejumlah 1,595 kes (3.6 peratus) sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (28 kes), Unit Rawatan Rapi (ICU) (68) dan 44 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kadar penggunaan ICU di seluruh negara berada pada tahap 58.5 peratus dengan 18.2 peratus daripadanya adalah kes COVID-19, setakat semalam.
Sebanyak 10 kes kematian dilaporkan dengan satu daripadanya meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).
Ia menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 mencecah 36,080 kes dengan 7,669 kes daripadanya meninggal dunia sebelum bantuan perubatan diberi.
Setakat semalam juga, sebanyak 5,082 kes sembuh dilaporkan bagi menjadikan jumlah keseluruhan individu yang pulih kepada 4,651,805 kes.
