IPOH 11 Ogos – Presiden PKR, Anwar Ibrahim, sedang mempertimbangkan cadangan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Penyandang kerusi Parlimen Port Dickson itu berkata, cadangan berkenaan ada diusulkan kepadanya namun keputusan belum boleh dibuat. Katanya, fokus parti ketika ini adalah berkaitan jumlah kerusi dan jentera pilihan raya terlebih dahulu. “Anda fikir macam mana? Kalau anda kata boleh, saya akan fikirkan. Ia satu cadangan yang sedang saya pertimbangkan. PKR Cabang Tambun ada usulkan, namun saya belum putuskan. Kawan-kawan di Port Dickson pula merayu minta saya kekal…
Read MoreDay: August 11, 2022
Ingat, hayati sejarah kemerdekaan
KUALA LUMPUR 11 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta graduan sentiasa mengingati dan menghayati sejarah kemerdekaan negara. Titah baginda, penghayatan sejarah adalah penting untuk membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara serta menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi sekarang. “Manusia yang tidak belajar daripada sejarah akan mengulangi kesilapan sama berulang kali. “Kerana itu para cendekiawan dunia menyatakan bahawa identiti nasional sesuatu bangsa dan negara ditentukan oleh batasan waktu yang berkait rapat dengan sejarah,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen ke-17 dan 18 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di…
Read MoreRM6.51 bilion subsidi tarif elektrik
KUALA LUMPUR 11 Ogos – Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini, bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi. Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju, berkata ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, pada 24 Jun lalu, yang mengekalkan rebat dua sen kilowatt per jam (kWj) kepada semua pengguna domestik dan surcaj RM3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2022. “Dalam hal ini, semua pengguna di Semenanjung akan membayar…
Read MoreJepun catat kes baharu tertinggi
TOKYO 11 Ogos – Jepun merekodkan 250,403 kes baharu Covid-19 semalam, kes harian tertinggi direkodkan setakat ini yang melepasi angka sebelum ini iaitu 249,830 kes yang dicatatkan pada 3 Ogos lalu. Gelombang baharu pandemik itu, yang dicetuskan subvarian BA.5 Omicron yang amat mudah berjangkit, turut menyebabkan 251 kes kematian baharu di seluruh negara. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dengan gejala serius bertambah sebanyak 16 individu semalam daripada 597 pesakit pada Selasa lalu. Angka itu jauh lebih rendah berbanding kemuncak wabak pada musim panas lalu yang…
Read MoreBila Bersatu menang 6 kerusi Parlimen Sabah?
MUKA depan Utusan Borneo (Sabah) hari ini terdapat dua berita politik yang menarik perhatian. Berita utamanya “Kemuka lima calon PRU15 : Bung minta setiap bahagian UMNO di Sabah segera beri senarai”. Manakala di bahagian bawah pula ada berita bertajuk “ Bersatu Sabah akan pertahan enam kerusi Parlimen” (Rujuk laporan Media Hari Ini 11.08.2022). Nampaknya pada peringkat ini, sudah ada pertandingan dua penjuru bagi kawasan Parlimen yang sekarang di tangan UMNO dan Bersatu. Jika ditambah dengan Pakatan Harapan (PH), maka akan berlaku pertandingan tiga penjuru. Sama ada dua, tiga atau empat…
Read MoreGuna bahasa Melayu sepenuhnya
PUTRAJAYA 11 Ogos – Mulai 9 Ogos lalu, ketua jabatan perlu memastikan urusan rasmi anjuran jabatan masing-masing menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, sebagai usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam. Arahan itu terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO.1.1.1: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam yang disertakan bersama surat edaran bertarikh 9 Ogos 2022 ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Mohd Shafiq Abdullah. Pekeliling itu menyatakan persediaan serta tindakan proaktif seperti menyediakan kemudahan, perkhidmatan penterjemahan dan peruntukan kewangan hendaklah diambil sewajarnya bagi memastikan arahan penggunaan bahasa Melayu…
Read MoreKempen dos penggalak polio
LONDON: Susulan penemuan 116 virus polio daripada 19 sampel kumbahan di London, Jun lalu, Britain melancarkan kempen dos penggalak vaksin polio untuk kanak-kanak berumur bawah 10 tahun. Menurut Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UK), tahap virus polio yang ditemui sejak Jun itu dan kepelbagaian genetik menunjukkan bahawa penularan berlaku di beberapa daerah di London. Sehingga kini, belum ada kes yang dikenal pasti, namun dalam usaha mencegah wabak, doktor meminta kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun untuk mendapatkan vaksin dos penggalak. Kadar imunisasi di seluruh London berbeza-beza, tetapi secara purata di…
Read MoreBerita pilihan…
Kes baharu Covid-19 cecah 4,896
PUTRAJAYA 11 Ogos – Angka jangkitan baharu Covid-19 di negara ini kembali melepasi 4,000 dengan merekodkan 4,896 kes semalam berbanding 3,083 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,719,394. Berdasarkan maklumat di laman COVIDNOW, jumlah jangkitan baharu itu membabitkan 4,894 kes penularan tempatan dan dua import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Pada masa yang sama, sebanyak 12 kematian turut dilaporkan di mana enam membabitkan kes di luar fasiliti kesihatan (BID), menjadikan keseluruhan 36,056 dengan 7,665 pesakit meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan. Secara keseluruhan sehingga kini, masih terdapat 44,622…
Read MoreCovid-19: Korea Utara isytihar menang
SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengisytiharkan kemenangan dalam perang negaranya melawan koronavirus dan mengarahkan agar langkah-langkah maksimum antiepidemik, yang dilaksanakan pada Mei, ditarik balik, Menurut laporan media, Korea Utara bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah kes jangkitan yang disahkan dan dikesan. Namun sejak 29 Julai lalu, ia melaporkan tiada kes baharu yang disyaki Covid-19, yang disifatkan pertubuhan-pertubuhan bantuan antarabangsa sebagai menggunakan keupayaan ujian yang terhad.. Kim berkata kadar rasmi kematian Korea Utara, iaitu 74 orang, adalah “keajaiban yang belum pernah berlaku sebelum ini” berbanding negara-negara lain. Para pakar berkata jumlah…
Read More