Kes baharu Covid-19 cecah 4,896

PUTRAJAYA 11 Ogos – Angka jangkitan baharu Covid-19 di negara ini kembali melepasi 4,000 dengan merekodkan 4,896 kes semalam berbanding 3,083 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,719,394.

Berdasarkan maklumat di laman COVIDNOW, jumlah jangkitan baharu itu membabitkan 4,894 kes penularan tempatan dan dua import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Pada masa yang sama, sebanyak 12 kematian turut dilaporkan di mana enam membabitkan kes di luar fasiliti kesihatan (BID), menjadikan keseluruhan 36,056 dengan 7,665 pesakit meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Secara keseluruhan sehingga kini, masih terdapat 44,622 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini dan 96.2 peratus atau 42,942 sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, 3.5 peratus bersamaan 1,577 kes kini mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (35) dan unit rawatan rapi (ICU) (68) yang membabitkan 31 individu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi kes sembuh, setakat semalam, sebanyak 2,979 kes dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 4,638,716 kes

Related posts

Leave a Comment