132 kes harian Covid-19, satu kematian

PUTRAJAYA 26 Jan. –  Selepas turun kepada 101 kes kelmarin, jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 semalam menunjukkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 132 kes termasuk dua kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,035,205 iaitu 4,996,602 kes tempatan dan 38,603 kes import.

Pada masa yang sama, satu kematian baharu direkodkan dan ini bermakna jumlah kematian meningkat kepada 36,933 termasuk 7,866 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Rabu turun kepada 9,783 berbanding 9,998 sebelumnya  dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,402 kes atau 96.1 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 370 pesakit mendapat rawatan di hospital di mana 11 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 10 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 346 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,988,489 pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment