RM6.51 bilion subsidi tarif elektrik

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini, bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli,  Ali Biju, berkata ia susulan pengumuman Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob, pada 24 Jun lalu, yang mengekalkan rebat dua sen kilowatt per jam (kWj) kepada semua pengguna domestik dan surcaj RM3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2022.

“Dalam hal ini, semua pengguna di Semenanjung akan membayar bil elektrik pada kadar yang sama seperti yang dibayar sejak Januari 2022 berdasarkan penggunaan elektrik masing-masing,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Khairil Nizam Khirudin, yang ingin tahu jumlah subsidi yang sudah dan akan diperuntukkan kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.

Ali juga memaklumkan, sejak Januari 2021 hingga Jun lalu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM715 juta bagi mengekalkan rebat dua sen/kWj kepada semua pengguna domestik walaupun surcaj RM3.70 sen/kWj sepatutnya dikenakan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung bermula Januari 2022.

Related posts

Leave a Comment