Angkat politik tanpa tawar menawar

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Ahli Dewan Negara dari Bersatu berharap sejarah lompatan yang tidak bermaruah, memalukan dihentikan sebaliknya mengangkat politik yang matang tanpa tawar menawar. Razali Idris berkata, sebaik Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan bertukar parti diwartakan, tiada lagi pihak menyalahkan sesiapa atau mengaitkan Ahli-ahli Parlimen dengan isu lompat parti “Dengan sokongan ini, seharusnya tidak ada lagi mana-mana pihak menyalahkan sesiapa. Cukuplah dengan menjenamakan macam-macam tuduhan, terutama Ahli Parlimen yang berpindah parti sebelum akta ini diwujudkan,” katanya. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu…

Read More

Rokok: Seri Paduka bangga usaha kerajaan

SHAH ALAM 9 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bangga terhadap usaha kerajaan dalam menjamin dan memelihara kesihatan generasi akan datang. Baginda merujuk pembentangan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di parlimen baru-baru ini. Al-Sultan Abdullah bertitah, secara peribadi baginda merasakan perkara itu adalah satu usaha yang cukup murni, dan berharap seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan dan dukungan supaya Rang Undang-undang itu dapat dikaji dan diteliti. “Baru-baru ini saya begitu bangga setelah mendapat maklum daripada kerajaan khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri…

Read More

Gelombang kecil tetapi lama

SHAH ALAM 9 Ogos – Gelombang Covid-19 akibat penularan subvarian Omicron BA.5 di negara ini disifatkan kecil dan terkawal, berbanding sesetengah negara seperti Singapura, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata bagi Malaysia, gelombang Omiron BA.5 adalah kecil tetapi lama. “Pergerakan 2,000 ke 5,000 kes, tetapi agak lama. Ia tidak naik mendadak, ia naik sikit dan kekal ke paras yang baru. “So this is a new long wave (gelombang panjang yang baru),” katanya kepada media selepas perasmian Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa…

Read More

Denda dinaikkan bendung lumba haram

TANJONG 9 Ogos – Denda lebih tinggi akan dikenakan manakala ibu bapa akan turut dipertanggungjawabkan terhadap anak-anak yang terlibat dalam aktiviti lumba haram dan mat rempit di negara ini. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Isham Ishak, berkata langkah itu akan  dikenakan melalui pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk kali ketiga. Antara cadangan dalam pindaan itu ialah menaikkan kadar denda minimum daripada RM300 kepada di antara RM5,000 hingga RM10,000, hukuman penjara terhadap mat rempit, dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak bawah usia 18 tahun. Selain tindakan terhadap penonton aktiviti berkenaan, tindakan…

Read More

Jangan gentar hadapi ‘ribut,badai’

SINGAPURA 9 Ogos – Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berkata Covid-19  bukanlah krisis terakhir bagi Singapura kerana lebih banyak ribut dan badai menanti di hadapan. “Namun jabgan gentar,” katanya dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2022 semalam. “Selagi kita kekal bersatu dan teguh, kita boleh memastikan negara kita aman dan terjamin, membina ekonomi yang lebih makmur, dan membentuk masyarakat inklusif dan boleh dibanggakan, untuk tahun-tahun akan datang. “Usah berhenti mengimpikan dan membina Singapura yang kita idamkan, ketika kita mengukuhkan kekuatan untuk menghadapi sebarang musibah,” katanya dalam ucapan dari Taman Di Persisiran atau Gardens by the…

Read More

Kes harian 2,863, enam kematian

PUTRAJAYA 9 Ogos – Sebanyak 2,863 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 2,728 kes pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,711,415 kes. Pertambahan kes baharu itu membabitkan 2,861 kes tempatan dengan dua lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Sehingga kini masih terdapat 43,875 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu 95.7 peratus atau 41,996 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah. Sebanyak 1,790 kes sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (34), Unit Rawatan Rapi (ICU) (55) dan…

Read More

Antilompat parti tidak libat ahli Dewan Negara

KUALA LUMPUR 9 Ogos –  Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti tidak terpakai ke atas Ahli Dewan Negara, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, langkah itu selepas mengambil kira beberapa aspek membabitkan isu perundangan di peringkat negeri dan perundingan dengan Yang di-Pertuan Agong untuk Ahli Dewan Negara yang dilantik baginda. Katanya , ketika ini ahli Dewan Negara dibahagikan kepada dua kategori iaitu yang dilantik oleh Agong dan yang dipilih oleh negeri berdasarkan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili…

Read More

AS tambah bantuan kepada Ukraine

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menyediakan bantuan keselamatan tambahan bernilai US$1 bilion kepada Ukraine, pakej senjata terbesar sejak konflik Russia-Ukraine. Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan, pakej itu – pembekalan kali ke-18 mengikut arahan presiden sejak Ogos 2021. Ini termasuk bekalan senjata tambahan untuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS), 75,000 butir peluru artileri 155 mm, 20 sistem mortar 120 mm dan 20,000 butir peluru mortar 120 mm, serta bekalan senjata untuk Sistem Peluru Berpandu Permukaan Ke Udara Termaju Kebangsaan (NASAMS). Washington juga akan menghantar 1,000…

Read More

Itali lancar vaksinasi cacar monyet

ITALI yang merekodkan kes pertama di Itali pada 20 Mei 2022 melancarkan kempen vaksinasinya terhadap cacar monyet semalam (Isnin) susulan bilangan kes yang direkodkan Kementerian Kesihatan meningkat kepada 545 kes. Kempen vaksinasinya dimulakan selepas lebih sebulan negara lain yang mencatatkan jumlah kes lebih tinggi, termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Sepanyol. Menurut laporan media, sebuah hospital di Rom sudah mempunyai 200 individu yang akan diberi vaksin mulai Isnin serta 600 permintaan untuk tempahan. Vaksin yang digunakan ialah Jynneos, vaksin cacar yang dibuat oleh Bavarian Nordic dan diluluskan oleh Agensi Ubat Eropah…

Read More