Angkat politik tanpa tawar menawar

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Ahli Dewan Negara dari Bersatu berharap sejarah lompatan yang tidak bermaruah, memalukan dihentikan sebaliknya mengangkat politik yang matang tanpa tawar menawar.

Razali Idris berkata, sebaik Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan bertukar parti diwartakan, tiada lagi pihak menyalahkan sesiapa atau mengaitkan Ahli-ahli Parlimen dengan isu lompat parti

“Dengan sokongan ini, seharusnya tidak ada lagi mana-mana pihak menyalahkan sesiapa. Cukuplah dengan menjenamakan macam-macam tuduhan, terutama Ahli Parlimen yang berpindah parti sebelum akta ini diwujudkan,” katanya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu ketika membahaskan usul RUU peringkat bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini, juga menggesa supaya RUU ini segera diwartakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Katanya,, ramai Ahli Parlimen dikategorikan sudah melompat parti sebelum ini, khususnya selepas berakhir Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Contohnya, kata beliau, Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang asalnya adalah dari Barisan Nasional (BN) dan keluar dari gabungan itu selepas PRU lalu, sebelum kembali menjadi sebahagian kerajaan hari ini.

Pada 2018, kerajaan BN di Sabah juga jatuh sebab ada yang keluar sertai Parti Warisan (Warisan).

Warisan tidak boleh tubuh kerajaan ketika itu sekiranya tiada lompatan dua atau tiga orang daripada BN untuk bersama mereka apabila kerajaan PH jatuh.

Related posts

Leave a Comment