AS tambah bantuan kepada Ukraine

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menyediakan bantuan keselamatan tambahan bernilai US$1 bilion kepada Ukraine, pakej senjata terbesar sejak konflik Russia-Ukraine.

Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan, pakej itu – pembekalan kali ke-18 mengikut arahan presiden sejak Ogos 2021.

Ini termasuk bekalan senjata tambahan untuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS), 75,000 butir peluru artileri 155 mm, 20 sistem mortar 120 mm dan 20,000 butir peluru mortar 120 mm, serta bekalan senjata untuk Sistem Peluru Berpandu Permukaan Ke Udara Termaju Kebangsaan (NASAMS).

Washington juga akan menghantar 1,000 Javelin, ratusan sistem anti-perisai AT4, 50 kenderaan rawatan perubatan berperisai, bahan letupan, peluru pemusnah dan peralatan pemusnah ke Kyiv.

Bekalan senjata baharu diumumkan itu menjadikan jumlah komitmen bantuan keselamatan AS kepada Ukraine bernilai US$9.8 bilion sejak Biden memegang jawatan sebagai Presiden, menurut Pentagon.

Related posts

Leave a Comment