Itali lancar vaksinasi cacar monyet

ITALI yang merekodkan kes pertama di Itali pada 20 Mei 2022 melancarkan kempen vaksinasinya terhadap cacar monyet semalam (Isnin) susulan bilangan kes yang direkodkan Kementerian Kesihatan meningkat kepada 545 kes.

Kempen vaksinasinya dimulakan selepas lebih sebulan negara lain yang mencatatkan jumlah kes lebih tinggi, termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Sepanyol.

Menurut laporan media, sebuah hospital di Rom sudah mempunyai 200 individu yang akan diberi vaksin mulai Isnin serta 600 permintaan untuk tempahan.

Vaksin yang digunakan ialah Jynneos, vaksin cacar yang dibuat oleh Bavarian Nordic dan diluluskan oleh Agensi Ubat Eropah untuk perlindungan daripada cacar monyet.

Vaksinasi juga akan bermula di ibu negara Itali, Milan, pada Khamis.

Wilayah Lazio yang mengelilingi Rom akan menerima 1,200 dos vaksin, manakala Lombardy menerima 2,000 dos, Emilia-Romagna 600 dos dan Veneto 400 dos.

Virus itu terus disebarkan sebahagian besarnya dalam kalangan lelaki gay dan biseksual, yang merebak di luar negara yang endemik sejak Mei lalu.

Cacar monyet, disebarkan terutamanya melalui kontak rapat, menyebabkan kudis yang dipenuhi nanah dan gejala seperti selesema.

Kini terdapat 26,500 kes penyakit itu di seluruh dunia, di negara-negara selain di mana ia biasanya merebak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam global yang membimbangkan.

Related posts

Leave a Comment