Gerakan Melayu lawan Melayu

KHAMIS lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti politik Melayu di negara ini tidak boleh mencipta kemenangan tanpa sokongan bukan Melayu, sekali gus menyukarkan usaha menjayakan agenda Melayu. Genap seminggu beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat: Penjenamaan Semula Naratif Politik Melayu itu, hari ini Dr. Mahathir tampil mengumumkan satu gagasan baharu berteraskan agenda Melayu dan Islam. Gagasan itu yang dinamakan Gerakan Tanah Air adalah bagi menyatupadukan semula kaum Melayu untuk “selamatkan negara kita, bangsa kita, agama kita,” dengan matlamat utama melawan UMNO, parti yang didakwanya sudah rosak. “Kita ada…

Read More

“22 bulan patut tolong Melayu”

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Gerakan Tanah Air yang diumumkan Dr Mahathir Mohamad hari ini tidak menggambarkan sentimen sebenar untuk orang Melayu, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim. Beliau berkata pembentukan gagasan itu juga tidak akan melemahkan kedudukan Melayu, yang juga majoriti kaum di Malaysia ketika ini. “Saya tidak mendokong inisiatif seperti itu kerana kalau betul mahu bela Melayu, Islam, ada 22 bulan (ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri), dia patut sudah tolong. “Melayu yang dipilih itu tidak mewakili sentimen Melayu. Jadi, saya fikir orang Melayu patut sedar masalah dalam…

Read More

Vaksin Spikevax bagi usia 12 ke atas

PUTRAJAYA 4 Ogos – Kerajaan bersetuju membenarkan vaksin Covid-19 Spikevax, keluaran Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol diberikan kepada individu berusia 12 tahun ke atas. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata persetujuan itu dibuat dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-375 yang bersidang hari ini. Dalam kenyataannya, beliau berkata, Spikevax sebelum ini sudah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berusia 18 tahun dan ke atas. Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin itu untuk terus dipantau serta dinilai secara berterusan…

Read More

Gerakan Tanah Air tanding 120 kerusi

PUTRAJAYA 4 Ogos – Gagasan baharu,  Gerakan Tanah Air (GTA) akan bertanding di  semua 120 kerusi Parlimen majoriti Melayu di Semenanjung yang ditandingi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Pengerusi penaja GTA, Dr. Mahathir Mohamad ketika mengumumkan demikian yakin mendapat sokongan masyarakat Melayu terutama UMNO yang hanya mampu menang 35 peratus daripada kerusi yang ditandingi pada PRU-14. Katanya, sudah tiba masanya untuk pengundi Melayu mengetahui mengenai perjuangan UMNO yang disifatkannya sebagai berasaskan wang. “Antara 65 peratus ini ada yang tidak mengundi kerana menganggap politik yang bosan dan tidak mendatangkan…

Read More

Amah Kemboja masuk September

SHAH ALAM 4 Ogos – Malaysia dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pembantu rumah warga Kemboja awal September depan, kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan. Menurut laporan Bernama, tarikh pemeteraian perjanjian itu akan ditetapkan selepas beberapa kementerian berkaitan, termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiapkan ulasan mereka mengenai perkara itu. “Kita sudah edarkan kertas Kabinet kepada kementerian-kementerian berkaitan untuk meminta ulasan. Apabila ulasannya siap, kita akan tandatangani MoU itu bersama pihak Kemboja. “Ia (MoU bersama Kemboja) dijangka pada minggu pertama bulan September dan apabila ditandatangani, kita sudah boleh bawa amah…

Read More

Menghendap boleh dipenjara

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan menghendap boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Peruntukan itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 (Akta 574), yang bertujuan menjadikan menghendap sebagai satu kesalahan, selain memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan berkenaan. RUU itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),  Mas Ermiyati Samsudin, di Dewan Rakyat, hari ini. Menurut naskah biru yang diedarkan di Parlimen, kesalahan…

Read More

Malaysia, Turkiye luas skop MTFTA

PUTRAJAYA 4 Ogos – Malaysia dan Turkiye kini di peringkat akhir rundingan peluasan skop Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) yang telah dimeterai pada 1 Ogos 2015, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, MTFTA itu merangkumi bidang lain seperti pelaburan, perkhidmatan dan e-dagang bagi meningkatkan potensi pengembangan ekonomi kedua-dua negara Kata, hasil perjanjian MTFTA, jumlah dagangan Malaysia-Turkiye meningkat sebanyak 74.2 peratus kepada RM16.97 bilion pada tahun lepas daripada RM9.74 bilion pada 2020. Ismail Sabri dalam kenyataan di Facebooknya berkata, hubungan dua hala Malaysia-Turkiye juga telah terjalin sejak 1957 dan…

Read More

Thailand rekod 2,166 kes baharu

BANGKOK 4 Ogos – Thailand merekodkan 2,166 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital dengan 21,377 kes aktif menjadikan jumlah keseluruhan 4,598,725 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kematian pula meningkat kepada 31,492 termasuk 29 yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Sebanyak 2,700 kes sembuh direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,545,856 orang pesakit pulih. CCSA juga memaklumkan 10 wilayah yang merekodkan kes tertinggi iaitu Bangkok 1,228, Samut Prakarn 135, Chonburi 106, Khon Kaen 70, Nakhon Si Thammarat 60, Pathum Thani 44, Nonthaburi 27, Chumphon 25, Chiang Mai 24 dan…

Read More

Stok beras negara konsisten

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Stok penimbal beras negara direkodkan pada paras 221,313 tan metrik atau 88.5 peratus daripada jumlah sasaran iaitu 250,000 tan metrik menjelang 2022 yang ditetapkan kerajaan. Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Dr Ronald Kiandee, berkata kerajaan juga giat menggandakan stok penimbal beras secara berperingkat daripada 150,000 tan metrik kepada 290,000 tan metrik, menjelang 2023. Katanya, ia bagi memastikan jaminan bekalan makanan negara, selain persediaan menghadapi sebarang situasi luar jangka. Saiz stok penimbal beras ditentukan berdasarkan keupayaan negara mengurus, memulihara, menyelenggara dan mengekalkan stok penimbal beras…

Read More