Thailand rekod 2,166 kes baharu

BANGKOK 4 Ogos – Thailand merekodkan 2,166 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital dengan 21,377 kes aktif menjadikan jumlah keseluruhan 4,598,725 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kematian pula meningkat kepada 31,492 termasuk 29 yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Sebanyak 2,700 kes sembuh direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,545,856 orang pesakit pulih.

CCSA juga memaklumkan 10 wilayah yang merekodkan kes tertinggi iaitu Bangkok 1,228, Samut Prakarn 135, Chonburi 106, Khon Kaen 70, Nakhon Si Thammarat 60, Pathum Thani 44, Nonthaburi 27, Chumphon 25, Chiang Mai 24 dan Nakhon Pathom 22.

Mengenai vaksinasi, semalam sebanyak 42,088 dos diberikan menjadikan jumlah keseluruhan 141,72 juta dos telah diberikan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 57.1 juta atau 82.2 peratus penduduk telah mendapatkan dos pertama, 53.5 juta dos kedua direkodkan atau 76.9 peratus manakala 31 juta dos bagi dos penggalak yang mewakili 44.7 peratus penduduk.

Related posts

Leave a Comment