Amah Kemboja masuk September

SHAH ALAM 4 Ogos – Malaysia dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pembantu rumah warga Kemboja awal September depan, kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Menurut laporan Bernama, tarikh pemeteraian perjanjian itu akan ditetapkan selepas beberapa kementerian berkaitan, termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiapkan ulasan mereka mengenai perkara itu.

“Kita sudah edarkan kertas Kabinet kepada kementerian-kementerian berkaitan untuk meminta ulasan. Apabila ulasannya siap, kita akan tandatangani MoU itu bersama pihak Kemboja.

“Ia (MoU bersama Kemboja) dijangka pada minggu pertama bulan September dan apabila ditandatangani, kita sudah boleh bawa amah (pembantu rumah) dari Kemboja,” katanya selepas merasmikan Klinik Kemuning Utama di sini hari ini.

Saravanan berkata, pihaknya juga sudah menyelesaikan isu-isu dengan semua negara sumber dan Malaysia mula menerima pekerja dari semua negara termasuk Bangladesh dan Indonesia.

Related posts

Leave a Comment