Filipina berkabung 10 hari

MANILA: Filipina berkabung 10 hari mulai 31 Julai hingga 9 Ogos berikutan kematian bekas Presiden, Fidel Ramos, 94=yang memerintah negara Asia Tenggara itu antara tahun 1992 hingga 1998. Presiden Ferdinand Marcos Jr hari yang mengumumkan perkabungan itu melalui satu perisytiharan Proklamasi No. 33 mengarahkan dalam tempoh berkabung, bendera negara dikibarkan separuh “Saya, Ferdinand R. Marcos Jr., Presiden Filipina, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Perlembagaan dan undang-undang, dengan ini mengisytiharkan 31 Julai 2022 hingga 09 Ogos 2022 sebagai Tempoh Perkabungan Negara atas pemergian bekas Presiden Fidel V. Ramos,” katanya…

Read More

Brunei Darussalam catat 613 kes

BERAKAS 1 Ogos – Sebanyak 613 kes baharu Covid-19 direkodkan Brunei Darussalam dalam tempoh 24 jam dengan purata kes harian 685 sepanjang satu minggu yang lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, satu kes dilaporkan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) manakala lima kes dalam Kategori 4, kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Sebanyak 1,020 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 205,773 pesakit pulih. Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 75.0 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin…

Read More

Thailand catat 2,108 kes baharu

BANGKOK 1 Ogos – Sebanyak 2,108 kes Covid-19 termasuk satu kes import dirujuk ke hospital semalam (Ahad) dengan jumlah kematian 19 orang berbanding 1,664 kes dan 26 meninggal dunia pada hari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 4,592,284 manakala jumlah kematian pula 31,404 orang. Sehingga tengah malam Ahad, sebanyak 22,710 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,873 di hospital, 245 di fasiliti hospital dan pengasingan komuniti. Sebanyak 879 kes dilaporkan dalam keadaan kritikal dan 457 bergantung kepada bantuan ventilator. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,540…

Read More

RUU, Politik Kepartian, Politik Kesihatan

DEWAN Rakyat sekali lagi menjadi tumpuan minggu ini apabila Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dibentang, dibahas, digulung dan kemudiannya diundi sama ada diterima atau ditolak. Apakah ‘nasib’ RUU ini? Berapa ramai yang akan menyokong dan berapa ramai pula yang membantah atau berkecuali atau tidak menghadirkan diri? Melihat perkembangan semasa, adakah RUU ini akan mendapat sokongan majoriti seperti tercipta sejarah pada 28 Julai lalu apabila RUU berkaitan antilompat parti diluluskan dengan majoriti dua pertiga ahli Dewan. Menerusi undi belah bahagian, RUU berkaitan Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022…

Read More

RUU Tembakau: Individu rasional wajib sokong

PUTRAJAYA 1 Ogos – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 wajib disokong oleh setiap individu yang rasional, termasuk Ahli Parlimen demi masa depan generasi akan datang. Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menegaskan ia sebagai usaha membuang tabiat tidak baik termasuk pembaziran wang, sekali gus membantu kepada kesihatan negara serta mewujudkan suasana lebih harmoni. Beliau berkata, tembakau dan rokok adalah bahan yang merosakkan kehidupan, kesihatan diri dan harta malah turut memudaratkan orang sekeliling. “Justeru bukan sesuatu yang pelik jika majoriti ulama Islam mengharamkan rokok…

Read More

Kes harian turun, 9 kematian

PUTRAJAYA 1 Ogos – Kes jangkitan baharu Covid-19 di negara ini turun kepada  2,783 semalam  (Ahad) berbanding 4,271 kes pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,680,053. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, sembilan kes kematian baharu turut direkodkan dengan empat daripadanya adalah kematian membabitkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini sebanyak 35,969 orang. Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 45,306 kes, dengan 43,753 atau 96.6 peratus daripadanya adalah individu dikuarantin di rumah. Seramai 22 pesakit…

Read More

New Zealand buka semula sempadan

  WELLINGTON: New Zealand membuka semula sempadan sepenuhnya kepada pelawat dari seluruh dunia sejak wabak Covid-19 melanda Mac 2020 termasuk membenarkan kapal pesiaran dan kapal layar rekreasi asing berlabuh di pelabuhannya. Negara itu mula membuka semula sempadan pada Februari lalu untuk warganegaranya sebelum sekatan dimansuhkan perlahan-lahan. Proses membuka semula sempadan berakhir pada malam Ahad, dengan pelawat yang memerlukan visa dan mereka yang mempunyai visa pelajar juga kini dibenarkan pulang ke New Zealand. Kebanyakan pelawat yang tiba di New Zealand masih perlu diberi vaksin Covid-19 dan mesti mengambil dua ujian saringan…

Read More

Varian cacar monyet Kerala berbeza

NEW DELHI: Varian cacar monyet yang dikesan di Kerala, India berbeza dengan varian yang merebak luas di Eropah sekarang dan tiada kaitan ditemui antara kedua-duanya. Setakat ini, tiada bukti menunjukkan varian yang mana satu lebih berbahaya atau lebih mudah berjangkit. Varian A.2 yang sebahagian besarnya turut ditemui di Amerika Syarikat (AS) dan Thailand itu didapati tiada kaitan dengan kluster utama seperti varian B.1, yang ditemui di sebahagian besar Eropah. Penjujukan genom daripada dua mangsa cacar monyet di Kerala menunjukkan mereka dijangkiti varian A.2, yang disahkan oleh saintis di Institut Genomik…

Read More