New Zealand buka semula sempadan

 

WELLINGTON: New Zealand membuka semula sempadan sepenuhnya kepada pelawat dari seluruh dunia sejak wabak Covid-19 melanda Mac 2020 termasuk membenarkan kapal pesiaran dan kapal layar rekreasi asing berlabuh di pelabuhannya.

Negara itu mula membuka semula sempadan pada Februari lalu untuk warganegaranya sebelum sekatan dimansuhkan perlahan-lahan.

Proses membuka semula sempadan berakhir pada malam Ahad, dengan pelawat yang memerlukan visa dan mereka yang mempunyai visa pelajar juga kini dibenarkan pulang ke New Zealand.

Kebanyakan pelawat yang tiba di New Zealand masih perlu diberi vaksin Covid-19 dan mesti mengambil dua ujian saringan selepas ketibaan. Walau bagaimanapun, tiada syarat kuarantin dikenakan.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata, pembukaan sempadan peringkat akhir adalah saat yang sangat besar.

“Ia merupakan proses berperingkat dan berhati-hati di pihak kami sejak Februari kerana kami bersama-sama seluruh dunia terus menguruskan wabak global, sambil memastikan rakyat kami selamat,”  katanya.

Pelajar antarabangsa merupakan penyumbang penting kepada ekonomi New Zealand dan penyedia pendidikan berharap pembukaan semula sempadan akan memberikan rangsangan kepada sekolah dan universiti di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment