Brunei Darussalam catat 613 kes

BERAKAS 1 Ogos – Sebanyak 613 kes baharu Covid-19 direkodkan Brunei Darussalam dalam tempoh 24 jam dengan purata kes harian 685 sepanjang satu minggu yang lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, satu kes dilaporkan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) manakala lima kes dalam Kategori 4, kes yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 1,020 kes dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 205,773 pesakit pulih.

Mengenai program vaksinasi pula, sebanyak 75.0 peratus daripada penduduk negara itu telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19 dan 7.0 peratus dengan empat dos.

Sebanyak 80.1 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapatkan dua dos vaksin manakala 53.4 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment