Thailand catat 2,108 kes baharu

BANGKOK 1 Ogos – Sebanyak 2,108 kes Covid-19 termasuk satu kes import dirujuk ke hospital semalam (Ahad) dengan jumlah kematian 19 orang berbanding 1,664 kes dan 26 meninggal dunia pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 4,592,284 manakala jumlah kematian pula 31,404 orang.

Sehingga tengah malam Ahad, sebanyak 22,710 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 11,873 di hospital, 245 di fasiliti hospital dan pengasingan komuniti.

Sebanyak 879 kes dilaporkan dalam keadaan kritikal dan 457 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,540 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,538,170 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment