Khabar gembira kepada pengguna perkhidmatan rel

SATU khabar gembira ter­utama kepada warga ibu kota atau di Lembah Klang apabila mulai 16 September ini, pengguna pengangkutan awam yang diken­dalikan oleh Kumpulan Prasarana akan menikmati kadar tambang diskaun 50 peratus. Dianggarkan kira-­kira 30,000 pengguna dijang­ka menggunakan pengangkutan sistem transit aliran ringan (LRT), monorel dan Bas Rapid Transit (BRT). Syaratnya, yang pertama, ubahlah corak perjalanan iaitu keluar lebih awal untuk mengguna­kan perkhidmatan itu pada pukul 6 hingga 7 pagi. Kedua, diskaun hanya ditawarkan kepada peng­guna yang menggunakan mod pembayaran tanpa tunai. Mere­ka ialah pengguna Touch ‘n Go, Kad MyRapid, MyRapid Smart 7, MyRapid Smart 30, warga emas, pelajar dan orang kelainan upaya dengan pemegang kad konsesi. Kepada yang masih membeli tiket harian, eloklah beralih kepada pembayaran tanpa tunai.

Ketika ini kira-­kira 66 pera­tus pengguna LRT dan monorel menggunakan kaedah pemba­yaran tanpa tunai. Lebih mudah dan cepat. Entah kenapa masih ra­mai yang tidak berminat menggu­nakan sistem kad seperti Touch ‘n Go. Lihat sahaja di plaza tol. Masih ramai yang sanggup beratur untuk membayar secara tunai. Akhirnya pengendali lebuh raya ‘memak­sa’ pengguna menggunakan kad Touch ‘n Go. Mahu tidak mahu, setiap kenderaan perlu memiliki kad berkenaan. Matlamat pembe­rian diskaun ini adalah bagi meng­galakkan orang ramai terutama golongan pekerja menggunakan pengangkutan awam lebih awal daripada waktu biasa atau waktu puncak. Langkah ini akan mem­bantu mengurangkan kesesakan pada waktu puncak mulai 7 pagi hingga 9 pagi sebanyak 134 pera­tus penggunaan.

Sejauhmana tawaran diskaun ini akan membantu mengurang­kan kesesakan? Apakah lebih ramai pengguna yang selama ini menggunakan kenderaan sendiri akan beralih kepada pengang­kutan awam? Prasarana yang cekap dan lengkap akan mem­bantu menggalakkan orang ra­mai menggunakan pengangkutan awam terutama pengangkutan rel. Ketika ini di beberapa lokasi, telah tersedia tempat letak kereta bertingkat bagi memudahkan pengguna. Diharapkan, kadar caj parkir juga tidak membebankan. Kadang-­kadang disebabkan caj yang tinggi, ada yang memikirkan tidak berbaloi menggunakan pen­gangkutan awam dan lebih baik mengharungi kesesakan di atas jalan raya. Jika sebelum ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ‘menawarkan’ kadar baharu caj parkir dengan kenaikan sehingga 150 peratus, kini jalan keluar ke­ pada kenaikan itu ialah meng­gunakan pengangkutan awam.

Cuma persoalannya bagaimana jika kedudukan pejabat atau tem­pat kerja itu jauh daripada stesen atau perhentian bas? Sudah tentu, pengguna memerlukan perkhid­matan sokongan sama ada teksi, bas henti­-henti atau kini Grab­ Car atau Uber. Perkhidmatan ini juga perlu cekap dan tepat pada masanya supaya pengguna sam­pai ke destinasi pada waktu yang ditetapkan. Jika tidak ada pili­han, mungkin akhirnya berkongsi kereta untuk masuk ke Kuala Lumpur. Bayang­kan masa yang perlu dihabiskan untuk be­rada di atas jalan raya sama ada pada sebelah pagi ketika mahu masuk pejabat atau waktu pe­tang semasa pulang.

Pemberian diskaun tambang dan kenaikan caj parkir diharap men­ dorong orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke kawasan bandar. Secara tidak langsung akan mengu­rangkan kemasukan kenderaan ke kawasan kesesakan tinggi. Setiap hari, kira­-kira tiga juta kenderaan memasuki ibu kota dan angka itu perlu dikurangkan. Di­fahamkan sebanyak 70 peratus daripada 3.5 juta kenderaan yang me­ masuki ibu negara ter­diri daripada pemandu solo. Jika pemandu solo beralih kepada pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan, langkah ini akan mengurangkan jumlah ken­deraan ke pusat bandar.

Memang sukar untuk mengu­bah tabiat orang ramai supaya me­milih pengangkutan awam. Selagi tempat letak kereta itu masih wu­jud, tidak timbul soal membayar caj tinggi. Lebih-­lebih lagi, ketika ini banyak bangunan yang menye­diakan ruang tempat letak kereta bertingkat. Malahan ada yang berkata, sesiapa yang mempunyai sebidang tanah dan dibangunkan dengan tempat letak kereta, ia pas­ti akan peroleh keuntungan. Begit­ulah bisnes tempat letak kereta di ibu negara. Mungkin untuk masa depan, tidak ada lagi sebarang ke­ lulusan untuk membina bangunan khusus untuk meletak kenderaan kecuali di kawasan berhampiran pengangkutan rel ini. Sememang­nya warga Lembah Klang amat bertuah kerana mempunyai sis­tem pengangkutan rel yang se­makin meluas. Kehadiran Mass Rapid Transit (MRT) akan menam­bah lagi keselesaan perhubungan pengangkutan awam ini. Khabar­nya, ketika waktu puncak, selang waktu antara tren cuma 3.5 minit. Ketika ini kemajuan projek laluan Sungai Buloh dan Kajang (SBK) mencapai 89 peratus dan fasa per­tama (Sungai Buloh ke Semantan) akan beroperasi hujung tahun ini manakala bakinya akan siap pada Julai 2017.

Bagaimanapun sesuatu yang masih menghantui sesetengah pengguna pengangkutan rel ini ialah perkhidmatan komuter. Se­lepas kehadiran koc yang lebih baik dan pengenalan perkhid­matan kereta api elektrik (ETS), pengguna komuter masih meng­ harapkan perkhidmatan yang lebih cekap. Tempoh menunggu kembali kepada asal iaitu 45 minit hingga satu jam. Perkhidmatan komuter seolah­-olah berundur ke belakang. Memang masalah yang dihadapi sekarang adalah untuk kebaikan pada masa hada­pan tetapi jangka masa menunggu yang ada kini adalah terlalu lama. Akibat perubahan jadual itu, ada ketikanya, perkhidmatan komuter sesak dengan penumpang. Satu perkara lagi yang harus diberi per­hatian ialah tempat letak kereta yang selesa dan selamat.

Di sesetengah kawasan telah tersedia bangunan letak kereta yang baik tetapi di sesetengah tempat tidak memuaskan. Ter­dapat juga kawasan letak kereta yang menghalang kenderaan un­tuk menurun dan mengambil penumpang di stesen komuter. Lebih mendukacitakan, ada pengendali tempat letak kereta ini mengena­kan caj terhadap kenderaan yang hanya menghantar penumpang. Mungkin caj itu boleh dikenakan jika di luar tempat letak kereta itu masih ada ruang kosong un­tuk menurun dan mengambil pe­numpang tanpa mengganggu lalu lintas. Sebaliknya jika tidak ada ruang yang sesuai sehingga boleh menimbulkan masalah atau kema­langan, eloklah pengendali parkir lebih bertimbang rasa dan bertang­gungjawab menjaga keselamatan pengguna. Pihak KTM Berhad perlu memberi perhatian terhadap masalah ini. Jangan ‘tutup mata’ atau terlalu mengejar wang sehingga kebajikan pengguna terabai!

UMA050916012C#

Related posts

Leave a Comment