Filipina berkabung 10 hari

MANILA: Filipina berkabung 10 hari mulai 31 Julai hingga 9 Ogos berikutan kematian bekas Presiden, Fidel Ramos, 94=yang memerintah negara Asia Tenggara itu antara tahun 1992 hingga 1998.

Presiden Ferdinand Marcos Jr hari yang mengumumkan perkabungan itu melalui satu perisytiharan Proklamasi No. 33 mengarahkan dalam tempoh berkabung, bendera negara dikibarkan separuh

“Saya, Ferdinand R. Marcos Jr., Presiden Filipina, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Perlembagaan dan undang-undang, dengan ini mengisytiharkan 31 Julai 2022 hingga 09 Ogos 2022 sebagai Tempoh Perkabungan Negara atas pemergian bekas Presiden Fidel V. Ramos,” katanya dalam pengisytiharan itu..

Ramos, yang memegang jawatan keselamatan berpangkat tinggi sebelum menjadi presiden, dipuji oleh ramai pihak sebagai wira kebangkitan Kuasa Rakyat 1986 yang menggulingkan pemerintahan diktator Ferdinand Marcos Sr, bapa kepada pemimpin Filipina yang dipilih baru-baru ini.

Mendiang, yang meninggalkan pengaruh besar di negara itu merupakan seorang pegawai tentera yang disegani dan penjawat awam yang tersohor kerana membawa kestabilan politik ke Filipina dan memperkasa ekonomi rakyatnya.

Beliau menggantikan Corazon Aquino yang pernah dibantunya semasa Revolusi Kuasa Rakyat untuk menjatuhkan rejim Presiden Marcos.

Dilahirkan pada 18 Mac 1928, di Lingayen, Pangasinan, Ramos, lulusan Akademi Tentera AS yang berprestij di West Point, New York, pada 1950, akan terus dikenang kerana beberapa pencapaian penting sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Antaranya termasuk mencari penyelesaian kepada masalah bekalan tenaga elektrik yang sering terputus di negara itu berikutan kekurangan tenaga, dan menandatangani perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menamatkan konflik bersenjata di Mindanao.

Ramos yang berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan tentera dari 1986 hingga 1988, dan Setiausaha Pertahanan Negara dari 1988 hingga 1991, juga berjaya mematahkan beberapa percubaan rampasan kuasa tentera untuk menggulingkan kerajaan presiden Aquino.

Related posts

Leave a Comment