Konvensyen PN 27 Ogos

KUALA LUMPUR 28 Julai – Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan Konvensyen PN pada 27 Ogos ini sempena ulang tahun kedua penubuhan gabungan berkenaan.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi PN,  Muhyiddin Yassin, selepas mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi PN di sini malam tadi.

Presiden parti anggota PN dan ahli-ahli Majlis Tertinggi hadir pada mesyuarat itu.

“Saya telah melaporkan beberapa perkembangan terkini PN termasuk pelancaran PN Kelantan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat di negeri Kelantan dan pelancaran PN Terengganu di Marang pada 30 Julai 2022,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata mesyuarat itu turut membincangkan persiapan penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

PN dianggota Bersatu, Pas, Gerakan dan dua parti politik tempatan Sabah iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

(Foto FB Muhyiddin Yassin)

Related posts

Leave a Comment