Kurangkan seks lelaki dengan lelaki

GENEVA 28 Julai – Ketika peningkatan kes cacar monyet di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa golongan homoseksual yang paling terjejas akibat virus cacar monyet mengehadkan pasangan seksual mereka

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, Sabtu lalu mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global turut menasihati cara terbaik untuk melindungi daripada jangkitan adalah ‘mengurangkan risiko pendedahan’.

“Bagi lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki digesa mengurangkan bilangan pasangan seksual anda, mempertimbangkan semula hubungan seks dengan pasangan baharu dan berhubung dengan mana-mana pasangan baharu untuk membolehkan tindakan susulan jika perlu,” katanya.

Tedros berkata, lebih 18,000 kes cacar monyet dilaporkan kepada WHO dari 78 negara dengan 70 peratus kes dilaporkan di Eropah dan 25 peratus di Amerika Syarikat (AS).

Lima kematian turut dilaporkan sejak Mei dan sekitar 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti pula berakhir di hospital.

Sebanyak 98 peratus kes dikesan berlaku terhadap lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Satu kajian diterbitkan dalam New England Journal of Medicine minggu lalu mendapati, sebanyak 98 peratus individu yang dijangkiti adalah lelaki gay atau biseksual dan 95 peratus kes menular melalui aktiviti seksual.

Related posts

Leave a Comment