RUU Tembakau ‘selamatkan’ 2 juta jiwa

PUTRAJAYA 30 Julai – Dua juta nyawa mampu diselamatkan daripada kematian dan keilatan akibat penyakit berkaitan aktiviti merokok dalam tempoh hingga 2040, sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 berkuat kuasa, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Justeru RUU itu amat penting bagi aspek kesihatan awam, malah tidak banyak RUU di negara ini yang boleh menyelamatkan bilangan nyawa seramai itu. “Oleh itu, saya merayu Ahli-ahli Parlimen agar sama-sama (bersetuju) meluluskan RUU ini yang boleh menyelamatkan dua juta rakyat Malaysia daripada kematian pramatang disebabkan aktiviti merokok. “Selain kematian pramatang,…

Read More

Kelonggaran pengembara mulai Isnin

KUALA LUMPUR 30 Julai – Mulai Isnin ini, semua pengembara yang memasuki Malaysia tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Kad Pengembara dalam aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau memaklumkan kelonggaran itu diputuskan berikutan keadaan sistem kesihatan kini berada pada tahap baik dan terkawal serta bertujuan untuk memudahkan prosedur kemasukan pengembara ke negara ini. Dalam kenyataannya, Khairy berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan sentiasa mempergiatkan aktiviti pemantauan gejala dalam kalangan pengembara di semua pintu masuk antarabangsa (PMA) Malaysia. “Ketika ketibaan di PMA, sekiranya pengembara dikesan demam melalui pengimbas suhu…

Read More

Beri nafas baharu Rancangan Buku Hijau

IPOH 30 Julai – Gagasan terkandung dalam Rancangan Buku Hijau yang dilancarkan pada 1974 wajar dihidupkan semula untuk mengangkat sektor pertanian ketika ancaman krisis keselamatan makanan yang melanda dunia semakin meruncing. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, gagasan yang dilancarkan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu  bertujuan mengekang kebergantungan keterlaluan terhadap bahan makanan import. Justeru baginda menitahkan agar gagasan itu dikunjungi, disuntik nafas baharu dan dihidupkan semula. “Rancangan Buku Hijau ialah satu gagasan penting untuk mengangkat sektor pertanian tanpa menafikan kepentingan sektor lain. “Malangnya wawasan keselamatan…

Read More

Khuatir penguatkuasaan RUU tembakau

KUALA LUMPUR 30 Julai – Jawatankuasa Pilihan Khas Hal-Ehwal Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial (JKPK) berharap badan itu diberi peluang untuk menilai Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. Ia berkaitan sama ada larangan, liabiliti dan penguatkuasaan RUU itu selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diratifikasi oleh Malaysia pada 1995. Pengerusinya, Azalina Othman Said, berkata pihaknya khuatir fasal mengenai penguatkuasaan RUU itu yang mungkin terdedah kepada penyalahgunaan, memandangkan ia membabitkan golongan bawah umur termasuk kanak-kanak. “JKPK menghargai aspirasi Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mencapai…

Read More

RUU larangan senjata api AS lulus

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi melarang senjata api serangan atau separa automatik dalam  usaha membendung siri tembakan besar-besaran di negara itu. RUU itu diluluskan selepas 217 ahli Dewan menyokong manakala 213 lagi tidak menyokong sebelum RUU itu akan dibawa ke Senat. Presiden Joe Biden memuji undian Dewan dengan menyatakan majoriti rakyat Amerika bersetuju dengan tindakan ini. Dalam Dewan Senat yang mempunyai 100 ahli, Demokrat hanya mempunyai 50 kerusi dan 10 undi Republikan diperlukan untuk membawa RUU itu ke peringkat untuk dipertimbangkan. Bagaimanapun, penggubal undang-undang…

Read More

Penggantian Kiswah

MAKKAH : Kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah diganti malam tadi (waktu Arab Saudi) yang juga simbolik kepada  sambutan tahun baharu Islam 1444 Hijrah. Sejak beberapa dekad Kiswah diganti pada pagi 9 Zulhijjah, iaitu pada Hari Arafah selepas jemaah haji bertolak ke Arafah dan Masjidil Haram berada dalam keadaan tenang tanpa kesesakan manusia yang memudahkan upacara penggantian. Perubahan masa upacara kali ini dilakukan sebagai sebahagian daripada perancangan Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk mengagihkan sambutan di Dua Masjid Suci dan…

Read More

Kematian pertama di Sepanyol

MADRID: Sepanyol melaporkan kematian pertama akibat cacar monyet semalam, menandakan kematian pertama akibat wabak itu di Eropah. Sepanyol adalah antara negara paling teruk dilanda wabak berkenaan dengan 4,298 mangsa dijangkiti virus itu. “Daripada 3,750 pesakit cacar monyet berdasarkan maklumat yang ada, 120 kes (3.2 peratus) dimasukkan ke hospital seorang maut,” kata pusat pusat penyelaras dan amaran kecemasan Kementerian Kesihatan. Pihak berkuasa perubatan enggan memberikan punca khusus kematian kerana masih menunggu laporan bedah siasat. Sabtu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global iaitu amaran tahap…

Read More

11 kematian 4,860 kes baharu

PUTRAJAYA 30 Julai – Sebanyak 11 kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi, dengan angka jangkitan harian meningkat kepada 4,860 kes berbanding 3,926 kes sehari sebelumnya. Daripada jumlah kematian itu, Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu enam kematian termasuk satu daripadanya kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), diikuti Johor dan Kedah masing-masing dua kes serta satu lagi di Sabah. Menurut laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,849 kes adalah penularan tempatan dan 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes…

Read More

Kematian pertama cacar monyet di Brazil

BRASILIA: Kementerian Kesihatan Brazil mengesahkan  kematian pertama negara itu berkaitan cacar monyet. Setiausaha Eksekutif Kementerian Kesihatan, Daniel Pereira berkata mangsa adalah seorang lelaki yang mempunyai imuniti rendah dan komorbiditi. Punca kematian yang diberikan adalah renjatan septik, diburukkan lagi dengan jangkitan cacar monyet. Jelas Pereira, terdapat petunjuk bahawa sebab kematian berkaitan dengan virus itu dan pihaknya sedang menyiasat kelaziman komorbiditi ini dalam jangkitan berkenaan. Brazil setakat ini mencatatkan 1,066 kes cacar monyet di 16 negeri, kebanyakannya di São Paulo. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengisytiharkan wabak cacar monyet yang semakin…

Read More