Penggantian Kiswah

MAKKAH : Kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah diganti malam tadi (waktu Arab Saudi) yang juga simbolik kepada  sambutan tahun baharu Islam 1444 Hijrah.

Sejak beberapa dekad Kiswah diganti pada pagi 9 Zulhijjah, iaitu pada Hari Arafah selepas jemaah haji bertolak ke Arafah dan Masjidil Haram berada dalam keadaan tenang tanpa kesesakan manusia yang memudahkan upacara penggantian.

Perubahan masa upacara kali ini dilakukan sebagai sebahagian daripada perancangan Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

untuk mengagihkan sambutan di Dua Masjid Suci dan juga sebagai simbolik untuk menyambut ketibaan jemaah Umrah dari dalam dan luar Saudi.

Laporan sebelum ini menyebut kerja-kerja penggantian Kiswah akan dikendalikan oleh 166 kakitangan jabatan, sesuai dengan tradisi tahunan.

Arab News dalam laporannya memetik Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais sebagai berkata sebanyak 200 pekerja mahir terbabit dalam pembuatan Kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz.

Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram (kg) sutera berkualiti tinggi, 120 kg benang emas dan 100 kg benang perak.

Related posts

Leave a Comment