Perkhidmatan perubatan Gaza kritikal

GAZA – Perkhidmatan perubatan di Gaza sedang menghadapi kekurangan sumber kritikal akibat sekatan Israel dan genosid yang berterusan, demikian amaran Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA)

Menurut UNRWA, di platform sosial X, hampir satu pertiga daripada bekalan penting kehabisan stok dan satu pertiga lagi dijangka habis dalam tempoh kurang dua bulan.

Ia memberi amaran perkhidmatan perubatannya ‘sangat mengalami kekurangan sumber’ di tengah-tengah pengepungan dan pengeboman tanpa henti yang berterusan.

Menurut agensi itu, walaupun berdepan krisis, UNRWA tetap kekal sebagai penyedia penjagaan kesihatan utama di wilayah terkepung itu.

Jumaat lalu, Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini memberi amaran sekatan Israel ‘akan terus membunuh secara senyap lebih ramai kanak-kanak dan wanita selain yang terkorban akibat pengeboman’.

Sekatan Israel yang bermula pada awal Mac menutup sepenuhnya laluan keluar masuk Gaza, menghalang kemasukan makanan, bantuan perubatan serta barangan keperluan, selain menyebabkan kemerosotan mendadak dalam keadaan kemanusiaan.

Khamis lalu, pengarah pejabat media kerajaan Gaza, Ismail Al-Thawabta, memberitahu , wilayah itu memasuki ‘tahap kebuluran serius’ akibat penutupan berterusan laluan sempadan sejak 2 Mac serta serangan ketenteraan baharu oleh Israel.

Lebih 90 peratus penduduk Gaza dipaksa berpindah randah beberapa kali dan kini hidup dalam tempat perlindungan yang sesak atau terdedah kepada ancaman cuaca sekali gus terdedah kepada penularan penyakit dan wabak.

Nnn

Related posts

Leave a Comment