Kematian pertama di Sepanyol

MADRID: Sepanyol melaporkan kematian pertama akibat cacar monyet semalam, menandakan kematian pertama akibat wabak itu di Eropah.

Sepanyol adalah antara negara paling teruk dilanda wabak berkenaan dengan 4,298 mangsa dijangkiti virus itu.

“Daripada 3,750 pesakit cacar monyet berdasarkan maklumat yang ada, 120 kes (3.2 peratus) dimasukkan ke hospital seorang maut,” kata pusat pusat penyelaras dan amaran kecemasan Kementerian Kesihatan.

Pihak berkuasa perubatan enggan memberikan punca khusus kematian kerana masih menunggu laporan bedah siasat.

Sabtu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global iaitu amaran tahap tertinggi, sama seperti yang diberikan kepada Covid-19 dua tahun lalu.

Menurut WHO, lebih 18,000 kes sudah dikesan di seluruh dunia di luar benua Afrika sejak awal Mei lalu.

Related posts

Leave a Comment