5,831 kes baharu Indonesia

JAKARTA 29 Julai – Indonesia melaporkan 5,831 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,197,495 orang. Kes harian tertinggi direkodkan Jakarta iaitu sebanyak 2,987 diikuti Jawa Barat 1,095 dan Banten 717. Sebanyak 4,485 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih setakat ini 5,992,537 orang. Jumlah kematian pula meningkat kepada 156,970 orang sejak pandemik bermula termasuk 13 yang dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Sementara itu, mengenai program vaksinasi, setakat pukul 6 petang Jumaat, jumlah mereka yang mendapatkan dos pertama…

Read More

Singapura catat 7,938 kes baharu

SINGAPURA 29 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,938 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 7,629 jangkitan tempatan dan 309‬ ‬kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 1,702,392 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,494 orang termasuk dua yang direkodkan meninggal dunia hari ini. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 7,141 iaitu 6,866 kes tempatan dan 275 kes import merupakan pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak…

Read More

Agama bukan bahan jenaka, gurauan

KUALA LUMPUR 29 Julai – Jangan ada mana-mana pihak sesekali memperkecil, menghina dan mempersenda agama, semata-mata atas nama kebebasan bersuara, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda bertitah, agama bukanlah satu perkara untuk bergurau senda dan dijadikan bahan jenaka sebaliknya kesucian agama di negara ini perlu sentiasa dipelihara dan dihormati pada sepanjang masa. “Beta khuatir, perbuatan sedemikian bakal menyemarakkan api perkauman dan meruntuhkan ikatan perpaduan antara semua kaum yang sudah terbina sejak sekian lama,” titah baginda sempena Sambutan Maal Hijrah 1444 hari ini. Justeru, mengambil keberkatan…

Read More

Jadilah lebih kreatif, berinovasi

SHAH ALAM 29 Julai – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menyeru seluruh umat Islam memperbaharui azam agar menjadi lebih kreatif dan berinovasi dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar. Titah baginda, umat Islam juga perlu bersedia dalam menghadapi keadaan negara yang dilanda dengan pelbagai ujian seperti wabak penyakit serta bencana alam. “Ini demi memastikan masyarakat dapat terus menjalani kehidupan seperti biasa dan kebajikan mereka tetap terjaga,” titah baginda dalam perutusan sempena tahun baharu 1444 Hijrah menerusi Facebook Selangor Royal Office, hari ini. Sultan Sharafuddin bertitah, dengan mengambil semangat dari…

Read More

Amalkan konsep Tasamuh

PUTRAJAYA 29 Julai – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat mengamalkan konsep ‘Tasamuh’ atau toleransi dalam menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Beliau berkata, sikap yang dituntut dalam Islam itu bukan hanya membolehkan rakyat terus membangun sehingga dihormati, tetapi juga dapat mengelak daripada perbalahan yang sia-sia dan merugikan. Katanya, semangat Tasamuh ini dianjurkan Rasulullah SAW, ketika membangunkan kota suci Madinah yang mana golongan Ansar dan Muhajirin menzahirkan sifat toleransi yang melahirkan masyarakat berkasih sayang, merentasi kaum dan warna kulit. Perdana Menteri turut menarik perhatian semangat Tasamuh yang diterjemahkan…

Read More

Bekas KP Jakim Tokoh Maal Hijrah

KUALA LUMPUR 29 Julai  – Mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini. Pengumuman itu dibuat pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2022M dan Bacaan Yasin Hari Pahlawan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini. Selain itu, Menteri Kanan Menjaga Misi Khas (Hal Ehwal Islam) Kemboja, Okhna Datuk Dr Othsman Hassan diumumkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa. Kedua-dua tokoh masing-masing menerima pingat serta sijil penghargaan Kerajaan Malaysia. Hadiah kepada tokoh terbabit disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan…

Read More

Penduduk Malaysia 32.7 juta pada 2022

PUTRAJAYA 29 Julai – Jumlah penduduk Malaysia pada 2022 dianggarkan 32.7 juta berbanding 32.6 juta orang pada 2021, dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 0.2 peratus, demikian menurut penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2022. Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata penduduk warganegara meningkat daripada 30.0 juta orang pada 2021 kepada 30.2 juta orang pada 2022, dengan kadar pertumbuhan penduduk warganegara turun daripada 0.8 peratus kepada 0.7 peratus bagi tempoh sama. Menurut penerbitan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu, hari ini, komposisi penduduk warganegara pada 2022 meningkat kepada 92.6 peratus…

Read More

Kes cacar monyet pertama Filipina

MANILA 29 Julai – Filipina mengesan kes pertama cacar monyet pada seorang individu  yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Pemangku setiausaha untuk Jabatan Kesihatan, Beverly Ho yang tidak menyatakan jantina kes hanya menyatakan usia mangsa 31 tahun dan diuji positif semalam selepas ujian RT-PCR. “Kes itu pernah melakukan perjalanan ke negara yang mempunyai kes cacar monyet yang didokumenkan,” Ho. Seramai 10 kenalan rapat direkodkan, di mana tiga daripadanya adalah dari rumah yang sama. Semua dinasihatkan supaya kuarantin dan dipantau oleh jabatan. Ho berkata Filipina bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS)…

Read More

ROS lulus pindaan perlembagaan UMNO

KUALA LUMPUR 29 Julai – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO yang diputuskan parti itu sebelum ini. Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan berkata, kelulusan diberikan oleh ROS, selepas menilai segala dokumen berkaitan pindaan itu lebih 60 hari, akan berkuat kuasa hari ini. “ROS bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen (Dewan Rakyat). ROS juga meminta supaya satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal PRU Parlimen (Dewan…

Read More

RUU: Melaka, Negeri Sembilan sedia pinda

AYER KEROH 29 Julai – Melaka sedia untuk melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat, semalam. Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, berkata RUU berkenaan akan dilaksanakan di negeri itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “RUU berkenaan perlu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat negeri. Di peringkat negeri, kita akan diberikan satu tempoh untuk dibincangkan sebelum dilaksanakan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara peringkat negeri…

Read More