Singapura catat 7,938 kes baharu

SINGAPURA 29 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,938 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 7,629 jangkitan tempatan dan 309‬ ‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 1,702,392 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,494 orang termasuk dua yang direkodkan meninggal dunia hari ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 7,141 iaitu 6,866 kes tempatan dan 275 kes import merupakan pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 797 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 763 adalah jangkitan tempatan, manakala 34 adalah kes import.

Sebanyak 719 pesakit masih dirawat di hospital, berbanding 688 yang dicatatkan semalam di mana 64 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 19 dipantau rapi di ICU manakala 12,185 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat semalam Khamis, 28 Julai, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment