5,831 kes baharu Indonesia

JAKARTA 29 Julai – Indonesia melaporkan 5,831 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,197,495 orang.

Kes harian tertinggi direkodkan Jakarta iaitu sebanyak 2,987 diikuti Jawa Barat 1,095 dan Banten 717.

Sebanyak 4,485 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih setakat ini 5,992,537 orang.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 156,970 orang sejak pandemik bermula termasuk 13 yang dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, mengenai program vaksinasi, setakat pukul 6 petang Jumaat, jumlah mereka yang mendapatkan dos pertama vaksin adalah 202,443,211 atau 97.20 peratus daripada sasaran 208,265,720 penduduk.

Bagi dos kedua pula, jumlah penerima adalah 81.64 peratus atau 170,035,694 daripada sasaran penduduk sementara penerima dos ketiga sebanyak 26.81 peratus atau 55,496,221 orang.

Related posts

Leave a Comment