Singapura catat kes ke-6 cacar monyet

SINGAPURA 15 Julai – Singapura melaporkan kes jangkitan cacar monyet ketiga dalam negara hari ini yang juga kes keenam di Singapura sejak bulan lalu. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), pesakit itu adalah seorang lelaki warga Singapura berusia 41 tahun dan tiada kaitan dengan kes kes lain Lelaki itu kini dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan keadaannya stabil. Dia mengalami ruam pada 9 Julai dan mendapatkan rawatan perubatan pada 12 Julai dan kemudian dimasukkan ke NCID pada hari berikutnya.. Dengan perkembangan ini, Singapura merekodkan tiga kes import manakala tiga…

Read More

11,772 kes baharu Singapura

SINGAPURA 15 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 11,772 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 10,992‬ jangkitan tempatan dan 780 ‬kes import. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,569,420 dengan empat kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,444 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu itu, 10,718 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes terdiri daripada 10,006 kes tempatan dan 712 kes…

Read More

Rajapaksa tiba di Singapura

SINGAPURA 14 Julai – Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa tiba di Singapura  lewat petang ini dari Maldives selepas melarikan diri dari negaranya sehari sebelum itu.  Dalam satu kenyataan, Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura mengesahkan demikian sejurus selepas pukul 8 malam bahawa Rajapaksa memasuki Singapura atas  “lawatan peribadi”. Beliau tidak meminta perlindungan suaka ataupun diberikan sebarang perlindungan suaka. Singapura secara amnya tidak meluluskan permintaan bagi mendapatkan perlindungan suaka. Rajapaksa dilaporkan tiba di Singapura dari Male kira-kira pukul 7.20 malam melalui penerbangan Saudia 788.  Laporan media sebelum ini menyebut beliau dijadual mendarat…

Read More

3,584 kes baharu Indonesia

JAKARTA 14 Julai – Indonesia melaporkan penambahan 3,584 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 6,123,753 orang. Menurut data yang dikeluarkan, kes tertinggi direkodkan di Jakarta dengan 1,749 kes diikuti Jawa Barat 723 dan Banten 407 kes Sebanyak 2,872 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih meningkat kepada 5,942,436 orang. Sembilan lagi meninggal dunia akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 156,827 kematian sejak pandemik bermula Mac 2020. Sementara itu, jumlah kes positif pula adalah sebanyak 703 menjadikan jumlah keseluruhan 24,490.

Read More

1,694 kes sembuh Brunei Darussalam

BERAKAS 14 Julai – Sebanyak 1,694 kes sembuh direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih di Brunei Darussalam meningkat kepada 178,306 orang. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, tiada kes dalam kategori 5 manakala tujuh kes direkodkan dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Mengenai vaksinasi, sebanyak 51.5 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah mendapatkan vaksinasi dan 77.6 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan vaksinasi. Bercakap pada sidang media situasi Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini, beliau…

Read More

RUU larang lompat parti dibentang Isnin

KUALA LUMPUR 14 Julai – Kabinet meluluskan draf Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, pada Isnin ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pembentangan dan perbahasan RUU itu akan diteruskan dalam sesi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 mengikut garis masa seperti dirancang. Katanya, pemakluman mengenai draf Rang Undang-Undang ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam berjalan lancar melalui suatu Nota Jemaah Menteri dan tiada persoalan dibangkitkan…

Read More

Bukan masa ‘buang’ pelitup muka

WELLINGTON 14 Julai – New Zealand mengumumkan pemberian percuma pelitup muka dan kit ujian pantas (RTK) antigen bagi membendung penularan Covid-19 dan mengurangkan tekanan peningkatan kemasukan pesakit Covid-19 dan influenza. Menteri Kesihatan Bersekutu, Ayesha Verrall berkata, sekarang bukan masa untuk berhenti memakai pelitup muka. “Memakai pelitup muka sudah terbukti dapat membantu melindungi diri daripada dijangkiti Covid-19, influenza dan penyakit musim sejuk yang lain,” katanya dalam satu kenyataan. Terdapat lonjakan ketara dalam jumlah kes Covid-19 baharu di New Zealand beberapa minggu lalu dan pihak berkuasa meramalkan bahawa gelombang Covid-19 varian Omicron…

Read More

Amaran gelombang kes baharu di Jepun

TOKYO: Kerajaan Jepun hari ini mengeluarkan amaran gelombang kes baharu Covid-19 yang berjangkit pantas dengan menggesa orang ramai lebih berjaga-jaga menjelang cuti hujung minggu serta cuti musim panas persekolahan tidak lama lagi. Tokyo, menaikkan tahap amarannya kepada peringkat tertinggi, dengan pakar mengatakan jangkitan sedang meningkat cepat terutama varian BA.5 yang menyumbangkan lebih separuh daripada jumlah jangkitan. Semalam, Tokyo merekodkan 16,878 kes baharu iaitu jumlah tertinggi di bandar raya itu sejak Februari, dengan keseluruhan jangkitan di Jepun meningkat melebihi 90,000 kes, rekod baharu lonjakan jangkitan sejak dari awal tahun. “Kita sedang…

Read More

2,257 kes, 28 kematian di Thailand

BANGKOK 14 Julai – Thailand merekodkan 28 kematian dengan 2,257 kes harian hari ini berbanding 25 orang meninggal dunia dan 2,391 kes dilaporkan semalam Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,256 adalah kes tempatan manakala satu kes import dilaporkan. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan orang yang meninggal dunia meningkat kepada 30,935 manakala  4,553,181 kes direkodkan sejak pandemik bermula. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sehingga malam tadi, sebanyak 24,191 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,288 di hospital, 1,123 di kemudahan hospital dan 12,746 di rumah atau pengasingan komuniti. Daripada jumlah kes di…

Read More

Jemaah Malaysia pulang mulai 17 Julai

MAKKAH 14 Julai – Jemaah haji Malaysia akan pulang ke tanah air bermula 17 Julai ini melalui lapangan terbang Jeddah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  Idris Ahmad. Beliau memberitahu, penerbangan terakhir pula dijangka pada 12 Ogos iaitu selepas kumpulan jemaah terbabit selesai menziarahi Madinah. “Seramai 14,305 jemaah negara telah mengerjakan haji dan mereka terdiri daripada 85 peratus di bawah pakej muassasah dan 15 peratus di bawah pakej Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berlesen di bawah Lembaga Tabung Haji (TH),” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.…

Read More