11,772 kes baharu Singapura

SINGAPURA 15 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 11,772 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan 10,992‬ jangkitan tempatan dan 780 ‬kes import.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,569,420 dengan empat kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,444 orang meninggal dunia.

Daripada jumlah kes baharu itu, 10,718 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes terdiri daripada 10,006 kes tempatan dan 712 kes import manakala 1,054‬‬‬‬‬ kes disahkan menerusi ujian PCR, iaitu 986 jangkitan tempatan dan 68 adalah kes import.

Sementara itu, sebanyak 766 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 734 semalam di mana 107 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 20 dipantau rapi di ICU manakala 5,911 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment